>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Saturday, December 31, 2011

New Year

Selamat menyambut tahun baru . 
Harap-harap tahun baru kali ni akan lebih baik dari tahun lepas.
Banyak kenangan dari yang buruk hingga lah yang baik .
Mulakan tahun yang baru dengan hari yang baru dan cuba jadi yang terbaik  


Harap korang akan happy with new year :)


maceh maceh

Wednesday, December 28, 2011

Date with my Bff

Haha tadi aku keluar dengan best friend aku yang sudah lama tak jumpa dari semester1 aku tak jumpa dia hampir setahun la. Masing-masing sibuk la katakan.
 Kitaorang just selalu call and message je tanya khabar.
Rindu gila

Thats her, yang pakai glasses tu 
'Yang sebelah tu sape?'
eh takkan tak kenal? Tu tuan tanah ni lah adoi
My bestfriend
Kalau kat luar jumpa kitorang tegur lah jangan segan silu ye
Kitorang tak kisah :)
Tadi keluar dengan dia, kami berdua saje. haha pergi Klcc tengok wayang cerita 
'Suatu Malam Kubur Berasap'

Kelakar cerita ni
Tapi biasalah ngantuk sikit, cerita melayu kann
Kalau korang belum tengok pergi lah tengok sokong lah filem malaysia
hehe
Nak Promote ni :)
nak tahu lebih lanjut click SINI



maceh maceh

Nerd life (short sem)

Assalamualaikum sis ,bro, uncle, auntie and yang sedang membaca ni. yela awak lah tu. :)

Esok (29.12) aku dah nak balik kolej balik mulakan kembali belajar perah otak, cuti dah habis jangan nak berangan lagi ok ummu. 
Yes, aku dah masuk semester3 wah bestnya cepat je masa berlalu dan sem3 . Biar betul rasa macam aku ni semester1 lagi. 
Semester3 ni adalah short sem. 2bulan je belajar. 1minggu lecturer mengajar 1minggu lagi mid term dan 1minggu lagi final exam 
Memang mampat arh short sem ni then cuti 2bulan . 
And aku rasa sem ni aku akan terjadi sangat la buzy aku tak da masa nak main-main dan kalau boleh aku nak buat yang terbaik and ofcourse la dekan
(korang doakan ummu ye)

 terpaksa lah tinggalkan blog kesayangan aku ni.
Bye sayang awak
Jumpa bulan February nanti ;(

im gonna miss you


maceh maceh

Tuesday, December 27, 2011

Omegle

Assalamualaikum semua,

Malam tadi aku tak leh tidur pastu aku chat la dengan member aku kat Facebook pukul 1pg dia cakap aku layan lagi tak omegle?
Omegle ni aku selalu la buka dulu, tapi chat text je ok.
Omegle ini satu tempat dimana kita boleh chat dengan orang lain secara rawak  dengan orang lain dari seluruh dunia tapi memang tak sesuai sangat untuk budak bawah umur chat dekat sana kalau nak chat secara text bole la tapi kalau video chat tak payah la, banyak sangat lelaki yang berani mati tunjuk dia punya ***** kat sana.

Aku just nak isi masa dan sambil tu aku boleh la improve english aku. 
Aku chat text je tak berani nak video chat tak sanggup nak tengok. 
Eii geli kot
  firstly aku chat dapat orang turkey then india, indon , last tiba-tiba aku dapat orang malaysia .
wah terkejut+bangga+tak sangka+suka
 sebab selalu aku gi omegle tak pernah dapat orang Malaysia.
First time


panjang gila aku chat ngan dia .
saje je tanya dia dah berpunya ke lom sebab selalunye orang yang dah berpunya ni takkan sunyi takkan la awek dia tak layan dia ann .
rasa kekok pulak bila nak tulis kat omegle bahasa melayu sebab selma ni bahasa english.



maceh maceh

Taknak Cuti

Assalamualaikum,

Next week dah masuk sem baru,
 cuti sem ni takda buat papepun dua minggu, cuti seminggu gi khursus seminggu lagi dok umah je buat kilang lemak. 
Adoi tak habis-habis download video dekat youtube biasa lah tak de kerja la katakan.
 Bosan yang teramat sangat sampai aku chat dekat Fb dengan adik aku sendiri yang tgah online guna laptop dia duduk dekat sebelah aku lak tuh. 
Then bosan sangat aku bagi perkhidmatan edit picture percuma dekat Fb ramai juga la yang mintak aku edit dorang punya pic. 
Tapi still bila dah siap semua aku da tak tau nak buat apa dengar lagu and memekak je la keje aku kat rumah



Sampai aku rasa taknak la cuti lepas ni. 
Sebab bosan je hahaha



maceh maceh

Sunday, December 25, 2011

Facebook TimeLine

Assalamualaikum korang

Hari tu , 
aku nampak Facebook adik aku smart blog di nampak lain pastu aku tanye la yang di buat pe kaat Fb then dia bagi tahu la yang sekarang ni ada Fb yang baru.
Aku pun godek2 la cube tengok dan sekarang ni aku guna facebook yang baru sebab bagi aku lawa.
Facebook yang terbaru memang lawa la sebab siap boleh letak gambar di header FB



amacam?
ok ?
Kalo nak tengok lebih clear tekan pada gambar

Semalam ada je yang tanya macam mana nak ubah jadi FB baru
Then nak tahu cara ubah Facebook korang jadi yang baru? (Timeline)
Firstly, korang pergi dekat 'search'


Tulis 'Timeline' pada kotak 'search' tu
then dia akan keluar macam ni


Then korang tekan 
'Get Timeline'
yang warna Hijau tu after that jadilah Fb yang baru :)




maceh maceh

Saturday, December 24, 2011

Origami yang menakjubkan


SIPUT

PEOPLE

IKAN

SINGA



maceh maceh

Merry Christmas


Merry Christmas
For my mum's siblings and cousin at Philliphines and Singapore and to all that celebrate great festival (christmas) this week 
I hope you can be more closed 

To:

my aunty and uncle 

aunty deborah
aunty ria-reyes jimenez
uncle Joseph Nobleza Jimenes
aunty Gloria
aunty michelle jimenez
and other's

love you all , and my mom's family miss you all so much


*
nak tahu hukum ucap christmas atau perayaan lain?
 click SINI


maceh maceh

Kalau nyanyi Lagu Bruno Mars boleh Murtad .

Assalamualaikum, 


Last night,
 aku ada terbaca dekat Fb yang lagu Bruno Mars ada unsur murtad sebab ayat dalam lagu tu langsung tak boleh di nyanyikan oleh Muslim sekalian.
Then aku pun cube dengar lagu tu bagi merungkai kepastian then betul la maksud lagu ni memang tersasar dari ajaran Islam

kalau dengar lagu It Will Rain by Bruno Mars , harap2 jangan ikut nyanyi sekali 
la ye , sebab ada bait lirik yang boleh bawa kita ke arah murtad ( for Muslims) . 


Tapi kalau da ternyanyi dan tak tahu tak pe la sebab sekarang ni orang suka sangat nyanyi lagu tanpa mengambila tahu lirik dia kan .

kalau boleh tak payah dengar langsung lagi bagus .



ni lirik nya :
There's no religion that could save me 
( tiada agama yang boleh selamat kan aku )

No matter how long my knees are on the floor 
( tak kira berapa lama melutut di lantai


Tengok lirik pun da tau yang ini boleh mengakibatkan murtad jadi berhati-hati lah selepas ni ye bagi  umat Muslim



maceh maceh

lisa dan Yusry bakal bernikah ?

yes,
 itulah yang aku baca dekat surat khabar yang lisa & yusry kru akan bernikah pada 23 februari 2012
mula-mula da bole agak da 




sebelum ni Yusry pernah mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira tapi bercerai da agak lama juga la Yusry ni menduda bagus sangat la tu Yusry mula membina kembali rumah tangga yang baru harap rumah tangga baru ni dapat kekal sampai akhir hayat amin, 



maceh maceh

Friday, December 23, 2011

SEMINAR RISEAP DEC 2011 ☆



Regional Islamic Da'wah Council For Southeast Asia And The Pacific (RISEAP)


Ada buat satu program seminar Selama 4 hari Dari 19 december hingga 23 december 2011 .
Tentang Isu-Isu semasa Kekeluargaan Islam 
Di Hotel Grand Pacific, KL
Seramai 32 orang ikut seminar ni makan, minum tempat tidur semua disediakan dan kebanyakan orang yang ikut seminar ni bukan dari Malaysia je tapi dari luar negara pun ada antaranya ialah :
kemboja, indonesia, Thailand, Brunei, Vietnam dan Singapura
Bahasa yang digunakan dalam khursus ni pun di  gunakan dalam bahasa melayu
Then semua peserta adalah perempuan


Memamg best la program ni 


Dan antara penceramahnya ialah:


Ust. Wan Sohor Bani Leman (UIAM)
Pn Norazah Ahmad (JKWKL)
Pn. Hjh Ezura Nashuha Binti Omar (peguam syarie&sivil)
Cik Fadiah Nadwa Fikri (Peguam)
Dato' Prof. Madya Dr Halim Tamuri (UKM)
Pn. Fadhlina Sidek (peguam rela. cara)
Prof. Emeritus Dr. Mohd. Ismail Mohd. Tambi (Doktor Pakar Sakit Tuan & Puan)











maceh maceh

Thursday, December 22, 2011

saya dilamar ❤



eh, sape yang di proposed ?

Bukan saya la, ni pasal seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dia diproposed dengan cara yang sangat yang romantic.
Bila first time aku tengok video ni rasa sedih sangat macam nak nanges ☁ 
sebab lelaki ni sweet sangat .

Tengok la seriously best :)
ayat dye pun sedih 









Video ni buat aku terfikir mungkinkan rezeki kebaikan di pihak mu
Dan adakah aku akan menghadapiya sama seperti dia atau tiada

maceh maceh

Ft Island nak datang malaysia? ❤




annyeong seyo !

Betul ke tadi member aku ada call dia cakap Ft Island nak datang Malaysia ??
firstly memang la tak caye then, dorang suruh ak tgok video kat YouTube mesej dari Ft Island memang betul lah 

Dorang datang 14.01.2012 at stadium negara
First consert kot

Ticket Price: RM138 (P3/Free Seating), RM248 (P2/Free Seating), RM368 (P1/Numbered Seat), RM468 (Rock Zone/Free Standing) [All price excludes RM3 processing fee]

haaa thats great im really excited and i want to buy the ticket
wait for me Ft Island 








maceh maceh

Sunday, December 18, 2011

tanam anggur

Assalamualaikum

Da lama tak update blog ni dah berhabuk dah

haha, minggu ni memang tersangat la penat sebab final exam 
seriously, im not sleep at all this week tidur paling lama pun 3 jam je dan sekarang rasa cam nak demam -,-
Tp Alhamdulillah sangat, aku dapat jawab dengan bahagia hehe

Tp sampai sekarang aku sedih tak dapat jumpa pakcik ak dari filipina da hampir dua minggu dia ada kat malaysia tp ta dapat na jumpe na buat macam mana ann buzy . huhu 

Habis je paper hari sabtu (17/12) ak terus je kemas barang-barang kena pindah asrama sedih je rasanye nak tinggal kan dorm tu . banyak kenangan dari sem 1 dok dkat dorm tu . Dalam masa yang sama rasa happy je nak balik rumah dorang ajak keluar malam tu nak gi downtown seksyen 7 dekat econsave tapi aku terpakse gak balik.
 Dorang semua cakap 

' ala ummu jangan la balik dulu dok la dengan kitorang jap ' 

 ala sedih je aku dengar 



Cuti sem ni awal-awal lagi aku da rancang na gi mana supaya masa aku tak berbuang dengan sia-sia 





maceh maceh

Thursday, August 18, 2011

kisah:kematian yang dielak

          Kejadian ini mengisahkan tentang seorang pemuda sudah bersiap untuk bertolak ke suatu tempat menaiki kapal terbang. Dia memberitahu ibunya waktu berlepas pesawat adalah sekian-sekian. Kemudian pemuda itu meminta ibunya untuk membangunkannya jika
sudah dekat pada waktunya. lalu pemuda itu pun tidur. 

             Dalam pada itu, si ibu mengikuti berita cuaca dari radio yang menjelaskan bahawa angin bertiup kencang dan langit sedang mendung. Si ibu amat sayang terhadap anak satu-satunya itu. Sebab itu dia tidak membangunkan anaknya dengan harapan dia tidak jadi pergi pada hari itu kerana cuaca sangat buruk. Dia takut  berlaku peristiwa yang tidak diingini pada anak nya itu. Apabila si ibu sudah yakin waktu perjalanan anaknya sudah terlambat, dan pesawat sudah berlepas, si ibu tersebut pun membangunkan anaknya. Ternyata si anak (pemuda) sudah wafat di tempat tidurnya.


p/s: 
Allah maha mengetahui dan orang yang takut dan lari dari kematian, kematian sendiri akan menemui nya. 







maceh maceh

Sunday, August 14, 2011

keadaan berbuka puasa di hotel

Apabila tiba nya aku di pintu masuk di depan dewan makan Hotel terdapat pelbagai golongan tak kira tua ataupun muda. Dengan pakaian mereka yang dipenuhi labuci serta  manik-manik yang berkilauan serta dengan cincin yang bersinar-sinar yang besar yang dipakai oleh Datin-datin kesemuanya dilihat gah serta mewah. 

Apabila melangkah masuk sahaja ke dalam dewan makan terasa bahawa diri ini kecil sekali dihiasi lampu yang besar di atas syiling hotel dan berkelip  bagaikan berada di awanan yang dipenuhi bintang yang bercahaya. Kerusi-kerusi dan meja-meja tersusun kemas dan dihiasi dengan bunga ros diletakkan di dalam pasu kecil, pinggan serta cawan juga dikemas dengan teliti sekali. 

Di dalam dewan aku dapat dapat melihat bahawa pelayan-pelayan sudah berdiri dengan tegak dengan baju yang kemas sudah bersedia untuk melakukan tugas nya sambil memerhati. Ada juga pelayan yang sedang mengisi air, sedang mengelap pinggan, cawan dan sebagainya. Keletah kanak-kanak yang berkejaran bermain-main di dalam dewan hanya di perhati oleh ku. Serta bahasa yang digunakan kanak-kanak itu amat asing bagi ku. aku meneliti kembali percakapan kana-kanak itu rupanya mereka bercakap didalam bahasa inggeris. Aku hanya tersenyum. 

Apabila seruan azan sudah berkumandang sahaja kesemua orang di lihat sibuk mengambil kurma buat mengisi perut yang kosong ada juga yang sedang minum bagi berbuka. Kedengaran suara yang sedang bergelak-ketawa dan bercakap-cakap. Disertai dengan nyanyian lagu keagamaan di atas pentas dewan bagi menimbulkan suasana yang tenang. 

Apabila sudah selesai sahaja makan kurma serta bubur dilihat ramai tetamu yang keluar dari dewan makan menuju ke surau untuk sujud kepada ilahi. Alangkah indahnya dan tenang nya hati ku melihat teraturnya kedudukan saf solat di dalam surau yang besar itu tidak kira darjat ataupun pangkat kita solat pada satu surau dan saf yang sama. Setelah selesai solat maghrib kesemua tetamu menuju kembali ke dalam dewan makan bagi menjamu selera. 

Makanan yang disediakan amat banya serta berbagai-bagai aneka makanan yang disediakan sehingga terasa tidak sabar untuk mangambil nya. Apabila sedang makan kedengaran bunyi sudu dan garfu yang sedang di ambil dan di suapkan kedalam mulut. Dan aku terfikir bagaimana agaknya keadaan orang-orang yang diluar sana yang tidak mempunyai makanan. Dengan apa agak nya mereka makan untuk mereka berbuka?. 

Apabila sudah selesai sahaja makan kesemua tetamu kembali ke surau lagi bagi melakukan solat isyak serta solat sunat terawih. Kelihatan juga tetamu-tetamu yang terus keluar dari hotel tanpa solat isyak berjemaah dahulu. 

Sesungguh nya aku berasa amat bersyukur sekali apabila keadaan ini  berlaku kerana ia merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Serta memberi pengajaran dan bersyukur pada rezeki yang diberi kepada ku.

p/s: aku ni memang suka sangat mengahayati sesuatu tempat yang aku pergi nak ambil 'feel' harap korang tak bosan. Nak share je apa yang aku rasa. ;)




maceh maceh

Berbuka Puasa di Hotel

Assalamualaikum dan salam satu malaysia 
(hehe tak bole blah aku ni )


Hari ini dah masuk kali ke-2 dah aku sudah berbuka puasa di Hotel yang pertama di Hotel Shangri-La yang kedua di Hotel Hilton.
 Dah dua-dua hotel ini aku berjumpa dengan Dato seri Shahrizat.
korang kenal tak meh aku tunjuk sikit


ni lah dia dah kenal dah? 

Kalau korang tak kenal aku tak tahu lah nak cakap macam mana kan.
Kalau tak aku nak minta tangkap gambar ngan dia tapi tak nak la segan aku ramai sangat orang.
Ini pun atas dasar jemputan dari saudara aku
 . 
menu utama di Hotel Hilton


 di syiling hotel
 lantai hotel

Hotel yang aku sebut ni memang dipenuhi dengan barangan yang mewah and cantik lah dan orang-orang yang  datang kebanyakan nya adalah VVIP meh. Aku pun bajet lah macam anak Datuk kan siap dapat beg percuma lagi cu tengok beg kat belakang aku tu lah beg nya. Jangan  Jelous. Hehe

ini lah aku
memang setiap tahun aku akan berbuka puasa di Hotel tak kira lah Hotel mana sebab ada orang jemput. 
lagipun ada hadis Rasulullah yang mengatakan kalau ada seseorang menjemput kita pergi kesesuatu majlis kita harus pergi kecuali kalau ada alasan yang munasabah kalau tak berdosa






maceh maceh

Saturday, August 13, 2011

lirik lagu Alyah- kisah Hati


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
p/s: aku saje je tulis lirik lagu ini. 
Sebab lagu ni kena pada diri ku. Semangat je.

maceh maceh

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?


maceh maceh

jodoh pilihan keluarga atau pilihan sendiri?

assalamualaikum buat semua penduduk bumi and follower and yang sedang membaca sekarang ini
 Awak lah awak yang tengah baca ini.
 hehe Happy semacam je aku ni

Perkahwinan atau pun jodoh
[aku dah cukup umur jadi boleh la nak bincang pasal ini]
 finally, aku dah boleh cakap pasal ini kalau dulu tak boleh sebab orang cakap tak cukup umur la katakan


ok, jodoh- aku nak pilihan keluarga la sebab keluarga lebih tahu dan lebih kenali kita jadi dia pandai-pandai lah nak cari kan

Perkahwinan membuat aku takut sebab umur pun dah masuk 18 tahun aku selalu la pikir pasal benda ni.Sebab aku rasa aku dah tua. Eii menyeramkan apa yang seram pun aku tak tahu. Aku dah target lepas habis degree je aku nak kahwin [perasannya] tapi aku tak suka masak. Kenalah belajar masak dari sekarang sebab aku nak jadi isteri misali. wawawa

cuba korang fikir korang kahwin dengan orang yang sudah lama korang kenal latar belakang korang dah tahu, warna kegemaran la makanan kegemaran la pastu selalu keluar bersama la eii bosan nye dah  kahwin nanti rasa bosan je dah tak da rasa malu-malu pastu asyik tengok muka dia je dari dulu. Aku tak boleh nak bayang kan macam mana.
Bosan Bosan Bosan [bak kata upin dan ipin]

Then, aku tak boleh bayangkan bila aku kahwin nanti macam mana la lelaki pilihan keluarga aku tu. Sebab nanti mesti malu-malu haha tak boleh blah.Bila malu-malu mesti lah ambil masa yang lama kan nak kenal. Sebab tuh perkahwinan ni selalu nya tahan lama kan. Dan semestinya dia boleh melindungi aku dan membimbing aku ke jalan Allah [sebab aku ni tak betul sikit] Aku da berdebar-debar nak cerita pasal ni.


So, aku prefer keluarga aku pilihkan untuk aku tapi aku tengok dulu la orang tuh takkan nak pakai sapu je kan. Tak pasal-pasal dapat buaya darat. nanti menyesal pulak



Tapi aku tak lah terima bulat-bulat kan aku akan buat solat hajat ke solat istikharah. Dan aku serahkan semua nya pada Allah kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI dan Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya



maceh maceh

Yunalis Zarai

[my inspired]

korang kenal tak siapa manusia di atas ini?.
 Ini lah Yunalis Zarai (yuna) penyanyi, penulis lagu nyanyi lagu Dan sebenarnya and Super Something dan banyak lagi lagu nya boleh la gi check kat Youtube kalau la rajin kan
Mula menulis lagu sendiri pada tingkatan 2.
Dan mula buat persembahan pada umur 19 tahun selepas tamat belajar main gitar
Lahir pada 14 november 1986,di perak


I Like her style so cool , adorable
style dia buat aku tertarik daripada gaya selendang dia sampai lah ke kasut dia so funky
Aku tengok ramai juga yang minat dengan style dia and of course her voice
Love it
And keep in touch yuna


maceh maceh

apabila hati sudah dimiliki

Rindu sangat!!

Hanya kata-kata ini yang mampu aku ungkapkan buat orang yang aku sayang dulu kita selalu keluar bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain hampir setiap minggu kita akan pergi ke mana sahaja tanpa arah tuju. Apabila sudah sampai masa nya atau pun terlalu ngantuk baru kita akan balik untuk tidur. Hampir setiap minggu aku akan menantikan saat ini.

Tetapi semenjak ada pergaduhan antara kawan kita yang lain semua nya jadi lain minggu semakin minggu ada sahaja kesedihan yang akan diluahkan dan ada sahaja kutukan antaranya. Hingga lah hari terakhir kita semua bersama umpama tiada makna. Apabila tangan yang hangat dan kasar tidak lagi dapat dirasakan. Minggu semakin minggu selepas berakhirnya khursus ini. Diri ini menjadi tidak keruan sering termenung sendirian kesedihan sentiasa menghantui diri dan hanya buku menjadi peneman di malam hari.

Aku rindu pada percakapan mu, pada sms yang sering dihantar oleh mu, dengan senyuman mu, rindu dengan melihat wajah tulus mu yang sering merenung wajah ini, rindu dengan melihat cara pemakaian mu, rindu dengan debaran yang dirasakan, rindu pada gelakan mu, lawak mu, pada nyanyian mu,  dan rindu pada bauan pada baju mu.[lagu dadali-disaat aku mencintai mu] sering bermain difikiran ku



Satu hati dua cinta. kadang kala aku menangis sendirian pada malam hari mengenang hari kita bersama dulu, hadiah yang kau beri kepada ku hanya di pandang dan disentuh tanpa digunakan.Sehingga aku selalu tidak tidur memikirkan dirimu.

Mengapa hati ini? adakah engkau sudah berjaya meragut hati ku. mungkin atau mungkin tidak. Aku hanya menunggu hari yang mendatang bagi melafazkan nya kepada mu. Keberanian yang mungkin akan hadir pada masa nya atau hanya pendam kan nya hingga menjadi luka yang parah. 

Aku hanya menyibukkan diri ku dengan melakukan kerja-kerja tanpa henti untuk melupakan mu. Dan aku mendapat kekuatan untuk hidup semula  dengan meluahkan kepada rakan ku. Dalam aku mencari ketenangan hadinya dirimu memberi makna. Kerana hadirmu dalam hidupku meninggalkan kesan yang amat mendalam. Terima kasih kerana selama ini engkau telah hadir dalam hidupku.




maceh maceh

ciri-ciri lelaki idaman tuan punya belog


setiap orang mesti ada ciri-ciri lelaki atau perempuan idaman kan. 
Aku pun ada eh jangan gelak okay

sebenarnya kalau boleh aku nak yang lelaki macam bapak aku dia:

1.kelaka suka buat lawak
2.kalau dia marah dia tak tengking dia akan keluar rumah cari ketenangan kejap pastu balik rumah balik
3.Bertanggungjawab,
4. solat tak tinggal,
5. suka bergaul,
6.baik sangat kalau jiran aku memekak buka lagu kuat-kuat tengah malam dia tak pernah marah walaupun dia nak tido (kalau aku dah tegur je)
7.amanah, setiap kali tepat jam7pagi dia akan keuar pergi kerja, tak pernah lambat sampai kadang-kadang tak sempat nak sarapan pagi.
8.romantik-selalu dia basuh pinggan and belikan something buat mak aku
9.Tak merokok
10.Kalau dia outstation selama sebulan kat singapura dia sanggup balik kejap, walaupun sehari je sebab nak tengok isteri dan anak-anak dia la


[ini lah ayah kesayangan dan adik bongsu aku]


Firstly benda yang wajib yang ada pada lelaki idaman aku ialah:
  1. Lelaki yang kemas bersih.(segak)
  2. Lelaki yang berwawasan.
  3. Lelaki yang ceria suka buat aku tersenyum dan ketawa
  4. setia
  5. lelaki yang tak kisah (terima kelemahan dan kekurangan aku)
  6. Hormat pada orang tua
  7. Bertanggungjawab
  8. Tidak mudah marah
  9. Romantik
  10. Penyayang
  11. Pentingkan agama
  12. pemalu


Kalo ada lelaki yang macam ni lagi bagus (tapi tak penting sangat): 
  1. Kacak
  2. Pandai main gitar
  3. Suka pada haiwan
  4. Kaya (untuk masa depan)
  5. Suka bawa aku keluar jalan-jalan
  6. Suka berdakwah pada ajaran Allah
  7. Berkaca mata

Tapi yang paling penting dia sayang aku dan aku pun sayang dia. wah banyak nya perasan je aku ni. aku tak kisah lah kalau dia hensem ke tak.


maceh maceh

Friday, August 12, 2011

salah ke aku?

Hari ini aku sudah terlebih rajin publish post banyak-banyak ye la cuti sem tak tahu nak buat apa kan.
 Update status je la setiap hari

aku nak tanya sikit salah ke kalau aku guna perkataan 'AKU' dan 'KAU' kat orang lain?
yela aku pernah kena tegur ada orang cakap aku biadab guna perkataan tu takkan aku nak guna 'awak' 'saya' ei geli aku. 

Aku senang je aku cakap kalau 'saya' berdoa pun saya gunakan 'aku' 'kau'
senyap terus orang yang tegur aku tuh

contoh lah:
ya Allah ya tuhan KU, KAU ampunkan lah dosa-dosa KU

Jadi salah ke, salah ke, salah ke nak guna perkataan tuh?
 kalau tak lebih baik buang dari kamus je kan
suka sangat nak pertikaikan benda remeh temeh ni.

maceh maceh

nikon e8700

assalamualaikum korang, 

ni nak shared sikit ni aku ada kamera Nikon coolpix8700
ni lah rupa camera tu:




 bapak aku beli dekat singapore masa outstation tak sampai sebulan guna dah rosak aku tak tau la apa yang rosak mula-mula tu nak zoom tiba-tiba dia jadi stuck.
 Tiba-tiba teroff bila on je dah tak boleh on. Geram betul ikut kan nak hantar je balik tapi dah takkan nak pergi singapore balik kan. 
Dah tu baru je tadi aku balik dari Ampang Point tanya kedai kamera dia cakap boleh baiki tapi ambil masa sebulan pastu kalau tak jadi nak hantar kena bayar 30 ringgit kalau jadi pula rm 400 atau 500 ringgit.
mahal nye terkejut aku



Wah dalam hati aku rasa nak marah je da la lambat pastu dia cas buka main mahal kalau da hantar tapi tak jadi nak baiki kena bayar 30ringgit pulak itu.
 Apa lagi aku hanya senyum ^_^ (tak ikhlas ni) dan ucap terima kasih kat orang kedai tu then aku terus blah duduk kat Mcd

p/s:macam mana lah aku nak baiki benda lah ni. 
Adoi nak kena cari kedai lain lagi

maceh maceh