>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Thursday, August 18, 2011

kisah:kematian yang dielak

          Kejadian ini mengisahkan tentang seorang pemuda sudah bersiap untuk bertolak ke suatu tempat menaiki kapal terbang. Dia memberitahu ibunya waktu berlepas pesawat adalah sekian-sekian. Kemudian pemuda itu meminta ibunya untuk membangunkannya jika
sudah dekat pada waktunya. lalu pemuda itu pun tidur. 

             Dalam pada itu, si ibu mengikuti berita cuaca dari radio yang menjelaskan bahawa angin bertiup kencang dan langit sedang mendung. Si ibu amat sayang terhadap anak satu-satunya itu. Sebab itu dia tidak membangunkan anaknya dengan harapan dia tidak jadi pergi pada hari itu kerana cuaca sangat buruk. Dia takut  berlaku peristiwa yang tidak diingini pada anak nya itu. Apabila si ibu sudah yakin waktu perjalanan anaknya sudah terlambat, dan pesawat sudah berlepas, si ibu tersebut pun membangunkan anaknya. Ternyata si anak (pemuda) sudah wafat di tempat tidurnya.


p/s: 
Allah maha mengetahui dan orang yang takut dan lari dari kematian, kematian sendiri akan menemui nya. 







maceh maceh

Sunday, August 14, 2011

keadaan berbuka puasa di hotel

Apabila tiba nya aku di pintu masuk di depan dewan makan Hotel terdapat pelbagai golongan tak kira tua ataupun muda. Dengan pakaian mereka yang dipenuhi labuci serta  manik-manik yang berkilauan serta dengan cincin yang bersinar-sinar yang besar yang dipakai oleh Datin-datin kesemuanya dilihat gah serta mewah. 

Apabila melangkah masuk sahaja ke dalam dewan makan terasa bahawa diri ini kecil sekali dihiasi lampu yang besar di atas syiling hotel dan berkelip  bagaikan berada di awanan yang dipenuhi bintang yang bercahaya. Kerusi-kerusi dan meja-meja tersusun kemas dan dihiasi dengan bunga ros diletakkan di dalam pasu kecil, pinggan serta cawan juga dikemas dengan teliti sekali. 

Di dalam dewan aku dapat dapat melihat bahawa pelayan-pelayan sudah berdiri dengan tegak dengan baju yang kemas sudah bersedia untuk melakukan tugas nya sambil memerhati. Ada juga pelayan yang sedang mengisi air, sedang mengelap pinggan, cawan dan sebagainya. Keletah kanak-kanak yang berkejaran bermain-main di dalam dewan hanya di perhati oleh ku. Serta bahasa yang digunakan kanak-kanak itu amat asing bagi ku. aku meneliti kembali percakapan kana-kanak itu rupanya mereka bercakap didalam bahasa inggeris. Aku hanya tersenyum. 

Apabila seruan azan sudah berkumandang sahaja kesemua orang di lihat sibuk mengambil kurma buat mengisi perut yang kosong ada juga yang sedang minum bagi berbuka. Kedengaran suara yang sedang bergelak-ketawa dan bercakap-cakap. Disertai dengan nyanyian lagu keagamaan di atas pentas dewan bagi menimbulkan suasana yang tenang. 

Apabila sudah selesai sahaja makan kurma serta bubur dilihat ramai tetamu yang keluar dari dewan makan menuju ke surau untuk sujud kepada ilahi. Alangkah indahnya dan tenang nya hati ku melihat teraturnya kedudukan saf solat di dalam surau yang besar itu tidak kira darjat ataupun pangkat kita solat pada satu surau dan saf yang sama. Setelah selesai solat maghrib kesemua tetamu menuju kembali ke dalam dewan makan bagi menjamu selera. 

Makanan yang disediakan amat banya serta berbagai-bagai aneka makanan yang disediakan sehingga terasa tidak sabar untuk mangambil nya. Apabila sedang makan kedengaran bunyi sudu dan garfu yang sedang di ambil dan di suapkan kedalam mulut. Dan aku terfikir bagaimana agaknya keadaan orang-orang yang diluar sana yang tidak mempunyai makanan. Dengan apa agak nya mereka makan untuk mereka berbuka?. 

Apabila sudah selesai sahaja makan kesemua tetamu kembali ke surau lagi bagi melakukan solat isyak serta solat sunat terawih. Kelihatan juga tetamu-tetamu yang terus keluar dari hotel tanpa solat isyak berjemaah dahulu. 

Sesungguh nya aku berasa amat bersyukur sekali apabila keadaan ini  berlaku kerana ia merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Serta memberi pengajaran dan bersyukur pada rezeki yang diberi kepada ku.

p/s: aku ni memang suka sangat mengahayati sesuatu tempat yang aku pergi nak ambil 'feel' harap korang tak bosan. Nak share je apa yang aku rasa. ;)




maceh maceh

Berbuka Puasa di Hotel

Assalamualaikum dan salam satu malaysia 
(hehe tak bole blah aku ni )


Hari ini dah masuk kali ke-2 dah aku sudah berbuka puasa di Hotel yang pertama di Hotel Shangri-La yang kedua di Hotel Hilton.
 Dah dua-dua hotel ini aku berjumpa dengan Dato seri Shahrizat.
korang kenal tak meh aku tunjuk sikit


ni lah dia dah kenal dah? 

Kalau korang tak kenal aku tak tahu lah nak cakap macam mana kan.
Kalau tak aku nak minta tangkap gambar ngan dia tapi tak nak la segan aku ramai sangat orang.
Ini pun atas dasar jemputan dari saudara aku
 . 
menu utama di Hotel Hilton


 di syiling hotel
 lantai hotel

Hotel yang aku sebut ni memang dipenuhi dengan barangan yang mewah and cantik lah dan orang-orang yang  datang kebanyakan nya adalah VVIP meh. Aku pun bajet lah macam anak Datuk kan siap dapat beg percuma lagi cu tengok beg kat belakang aku tu lah beg nya. Jangan  Jelous. Hehe

ini lah aku
memang setiap tahun aku akan berbuka puasa di Hotel tak kira lah Hotel mana sebab ada orang jemput. 
lagipun ada hadis Rasulullah yang mengatakan kalau ada seseorang menjemput kita pergi kesesuatu majlis kita harus pergi kecuali kalau ada alasan yang munasabah kalau tak berdosa






maceh maceh

Saturday, August 13, 2011

lirik lagu Alyah- kisah Hati


Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya
p/s: aku saje je tulis lirik lagu ini. 
Sebab lagu ni kena pada diri ku. Semangat je.

maceh maceh

BEN ASHAARI TANYA BLOG SAYA BEST TAK ?


maceh maceh

jodoh pilihan keluarga atau pilihan sendiri?

assalamualaikum buat semua penduduk bumi and follower and yang sedang membaca sekarang ini
 Awak lah awak yang tengah baca ini.
 hehe Happy semacam je aku ni

Perkahwinan atau pun jodoh
[aku dah cukup umur jadi boleh la nak bincang pasal ini]
 finally, aku dah boleh cakap pasal ini kalau dulu tak boleh sebab orang cakap tak cukup umur la katakan


ok, jodoh- aku nak pilihan keluarga la sebab keluarga lebih tahu dan lebih kenali kita jadi dia pandai-pandai lah nak cari kan

Perkahwinan membuat aku takut sebab umur pun dah masuk 18 tahun aku selalu la pikir pasal benda ni.Sebab aku rasa aku dah tua. Eii menyeramkan apa yang seram pun aku tak tahu. Aku dah target lepas habis degree je aku nak kahwin [perasannya] tapi aku tak suka masak. Kenalah belajar masak dari sekarang sebab aku nak jadi isteri misali. wawawa

cuba korang fikir korang kahwin dengan orang yang sudah lama korang kenal latar belakang korang dah tahu, warna kegemaran la makanan kegemaran la pastu selalu keluar bersama la eii bosan nye dah  kahwin nanti rasa bosan je dah tak da rasa malu-malu pastu asyik tengok muka dia je dari dulu. Aku tak boleh nak bayang kan macam mana.
Bosan Bosan Bosan [bak kata upin dan ipin]

Then, aku tak boleh bayangkan bila aku kahwin nanti macam mana la lelaki pilihan keluarga aku tu. Sebab nanti mesti malu-malu haha tak boleh blah.Bila malu-malu mesti lah ambil masa yang lama kan nak kenal. Sebab tuh perkahwinan ni selalu nya tahan lama kan. Dan semestinya dia boleh melindungi aku dan membimbing aku ke jalan Allah [sebab aku ni tak betul sikit] Aku da berdebar-debar nak cerita pasal ni.


So, aku prefer keluarga aku pilihkan untuk aku tapi aku tengok dulu la orang tuh takkan nak pakai sapu je kan. Tak pasal-pasal dapat buaya darat. nanti menyesal pulak



Tapi aku tak lah terima bulat-bulat kan aku akan buat solat hajat ke solat istikharah. Dan aku serahkan semua nya pada Allah kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI dan Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya



maceh maceh

Yunalis Zarai

[my inspired]

korang kenal tak siapa manusia di atas ini?.
 Ini lah Yunalis Zarai (yuna) penyanyi, penulis lagu nyanyi lagu Dan sebenarnya and Super Something dan banyak lagi lagu nya boleh la gi check kat Youtube kalau la rajin kan
Mula menulis lagu sendiri pada tingkatan 2.
Dan mula buat persembahan pada umur 19 tahun selepas tamat belajar main gitar
Lahir pada 14 november 1986,di perak


I Like her style so cool , adorable
style dia buat aku tertarik daripada gaya selendang dia sampai lah ke kasut dia so funky
Aku tengok ramai juga yang minat dengan style dia and of course her voice
Love it
And keep in touch yuna


maceh maceh

apabila hati sudah dimiliki

Rindu sangat!!

Hanya kata-kata ini yang mampu aku ungkapkan buat orang yang aku sayang dulu kita selalu keluar bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain hampir setiap minggu kita akan pergi ke mana sahaja tanpa arah tuju. Apabila sudah sampai masa nya atau pun terlalu ngantuk baru kita akan balik untuk tidur. Hampir setiap minggu aku akan menantikan saat ini.

Tetapi semenjak ada pergaduhan antara kawan kita yang lain semua nya jadi lain minggu semakin minggu ada sahaja kesedihan yang akan diluahkan dan ada sahaja kutukan antaranya. Hingga lah hari terakhir kita semua bersama umpama tiada makna. Apabila tangan yang hangat dan kasar tidak lagi dapat dirasakan. Minggu semakin minggu selepas berakhirnya khursus ini. Diri ini menjadi tidak keruan sering termenung sendirian kesedihan sentiasa menghantui diri dan hanya buku menjadi peneman di malam hari.

Aku rindu pada percakapan mu, pada sms yang sering dihantar oleh mu, dengan senyuman mu, rindu dengan melihat wajah tulus mu yang sering merenung wajah ini, rindu dengan melihat cara pemakaian mu, rindu dengan debaran yang dirasakan, rindu pada gelakan mu, lawak mu, pada nyanyian mu,  dan rindu pada bauan pada baju mu.[lagu dadali-disaat aku mencintai mu] sering bermain difikiran ku



Satu hati dua cinta. kadang kala aku menangis sendirian pada malam hari mengenang hari kita bersama dulu, hadiah yang kau beri kepada ku hanya di pandang dan disentuh tanpa digunakan.Sehingga aku selalu tidak tidur memikirkan dirimu.

Mengapa hati ini? adakah engkau sudah berjaya meragut hati ku. mungkin atau mungkin tidak. Aku hanya menunggu hari yang mendatang bagi melafazkan nya kepada mu. Keberanian yang mungkin akan hadir pada masa nya atau hanya pendam kan nya hingga menjadi luka yang parah. 

Aku hanya menyibukkan diri ku dengan melakukan kerja-kerja tanpa henti untuk melupakan mu. Dan aku mendapat kekuatan untuk hidup semula  dengan meluahkan kepada rakan ku. Dalam aku mencari ketenangan hadinya dirimu memberi makna. Kerana hadirmu dalam hidupku meninggalkan kesan yang amat mendalam. Terima kasih kerana selama ini engkau telah hadir dalam hidupku.




maceh maceh

ciri-ciri lelaki idaman tuan punya belog


setiap orang mesti ada ciri-ciri lelaki atau perempuan idaman kan. 
Aku pun ada eh jangan gelak okay

sebenarnya kalau boleh aku nak yang lelaki macam bapak aku dia:

1.kelaka suka buat lawak
2.kalau dia marah dia tak tengking dia akan keluar rumah cari ketenangan kejap pastu balik rumah balik
3.Bertanggungjawab,
4. solat tak tinggal,
5. suka bergaul,
6.baik sangat kalau jiran aku memekak buka lagu kuat-kuat tengah malam dia tak pernah marah walaupun dia nak tido (kalau aku dah tegur je)
7.amanah, setiap kali tepat jam7pagi dia akan keuar pergi kerja, tak pernah lambat sampai kadang-kadang tak sempat nak sarapan pagi.
8.romantik-selalu dia basuh pinggan and belikan something buat mak aku
9.Tak merokok
10.Kalau dia outstation selama sebulan kat singapura dia sanggup balik kejap, walaupun sehari je sebab nak tengok isteri dan anak-anak dia la


[ini lah ayah kesayangan dan adik bongsu aku]


Firstly benda yang wajib yang ada pada lelaki idaman aku ialah:
  1. Lelaki yang kemas bersih.(segak)
  2. Lelaki yang berwawasan.
  3. Lelaki yang ceria suka buat aku tersenyum dan ketawa
  4. setia
  5. lelaki yang tak kisah (terima kelemahan dan kekurangan aku)
  6. Hormat pada orang tua
  7. Bertanggungjawab
  8. Tidak mudah marah
  9. Romantik
  10. Penyayang
  11. Pentingkan agama
  12. pemalu


Kalo ada lelaki yang macam ni lagi bagus (tapi tak penting sangat): 
  1. Kacak
  2. Pandai main gitar
  3. Suka pada haiwan
  4. Kaya (untuk masa depan)
  5. Suka bawa aku keluar jalan-jalan
  6. Suka berdakwah pada ajaran Allah
  7. Berkaca mata

Tapi yang paling penting dia sayang aku dan aku pun sayang dia. wah banyak nya perasan je aku ni. aku tak kisah lah kalau dia hensem ke tak.


maceh maceh

Friday, August 12, 2011

salah ke aku?

Hari ini aku sudah terlebih rajin publish post banyak-banyak ye la cuti sem tak tahu nak buat apa kan.
 Update status je la setiap hari

aku nak tanya sikit salah ke kalau aku guna perkataan 'AKU' dan 'KAU' kat orang lain?
yela aku pernah kena tegur ada orang cakap aku biadab guna perkataan tu takkan aku nak guna 'awak' 'saya' ei geli aku. 

Aku senang je aku cakap kalau 'saya' berdoa pun saya gunakan 'aku' 'kau'
senyap terus orang yang tegur aku tuh

contoh lah:
ya Allah ya tuhan KU, KAU ampunkan lah dosa-dosa KU

Jadi salah ke, salah ke, salah ke nak guna perkataan tuh?
 kalau tak lebih baik buang dari kamus je kan
suka sangat nak pertikaikan benda remeh temeh ni.

maceh maceh

nikon e8700

assalamualaikum korang, 

ni nak shared sikit ni aku ada kamera Nikon coolpix8700
ni lah rupa camera tu:




 bapak aku beli dekat singapore masa outstation tak sampai sebulan guna dah rosak aku tak tau la apa yang rosak mula-mula tu nak zoom tiba-tiba dia jadi stuck.
 Tiba-tiba teroff bila on je dah tak boleh on. Geram betul ikut kan nak hantar je balik tapi dah takkan nak pergi singapore balik kan. 
Dah tu baru je tadi aku balik dari Ampang Point tanya kedai kamera dia cakap boleh baiki tapi ambil masa sebulan pastu kalau tak jadi nak hantar kena bayar 30 ringgit kalau jadi pula rm 400 atau 500 ringgit.
mahal nye terkejut aku



Wah dalam hati aku rasa nak marah je da la lambat pastu dia cas buka main mahal kalau da hantar tapi tak jadi nak baiki kena bayar 30ringgit pulak itu.
 Apa lagi aku hanya senyum ^_^ (tak ikhlas ni) dan ucap terima kasih kat orang kedai tu then aku terus blah duduk kat Mcd

p/s:macam mana lah aku nak baiki benda lah ni. 
Adoi nak kena cari kedai lain lagi

maceh maceh

Thursday, August 11, 2011

✂bilalah melayu nak maju

ungkapan yang selalu aku dengar keluar dari mulut orang melayu sendiri, sebab melayu ni selalu sangat dikaitkan dengan perangai yang tak berdisiplin, pemalas pemikiran masih macam orang kampung.
 Percaya sangat dengan benda-benda tahyul 
(apabila seseorang itu berada ditahap pemikiran yang tinggi dan maju segala pemikiran yang tahyul itu akan hilang dengan sendirinya)۩۩.
memang dalam islam kita percaya benda ni tapi jangan lah sampai terbawa-bawa kan

Tapi ini tak, dah maju pun still juga macam ni, pastu suka sangat lah nak ambil tahu hal orang lain, jaga tepi kain orang (sorry to say lah) bukan aku yang cakap ye.
Sampai bila korang nak duduk dalam takuk pemikiran yang macam ni.
 Sampai bila-bila lah korang tak maju kalau macam ni. 

 aku ni yang bukan melayu pun rasa marah kalau orang cakap macam ini. 
Mak aku warganegara filipina bapak Singapore tapi aku lahir dekat Malaysia jadi aku dah anggap yang diri aku macam orang melayu orang Malaysia sendiri kalau orang lain kutuk melayu pun aku marah. 
Tapi betul lah ini kenyataan korang tengok lah sekeliling korang tak pun tengok lah diri sendiri tuh.


p/s: aku minta maaf ye kalau ada sesape yang terasa ke marah ke. 
Aku pun tak suka sebenarnya nak cerita pasal ni tapi geram sebab ada orang suka ungkap kan perkataan "bilalah melayu nak maju". Padahal diri kau pun tak maju nak cakap orang.

maceh maceh

❤ suka suki ❤

korang pernah tak ada suka kat seseorang maksud aku cinta la tapi korang malu sangat and tak berani nak bagi tahu orang tuh. Aku kalau ada suka kat seseorang senang sangat orang boleh tahu. Sebab aku ni memang tak pandai nak 'cover'

simpton-simpton yang selalu lah terjadi bila orang yang aku suka tu ada dekat dengan aku:

jadi gagap (padahal aku ni jenis banyak cakap) tapi kalau dia selalu tegur aku. aku tak gagap lagi
suka pandang muka orang yang aku suka tu sampai tak berkelip mata (angau)
hati berdebar-debar
sanggup ambil barang orang yang aku suka tuh nak buat kenangan (hahaha)
aku tak kisah kalau dia nak marah ke ejek aku ke, sebab aku ni jenis susah nak suka kat orang kalau dah suka macam ni lah jadi nye


aku ada suka la kat seorang mamat ni baru lagi kenal.Aku suka keluar dengan dia. Satu hari tu dia tanya aku suka dia tak. Aku dengan serba salah cakap tak
 (saya tak suka kat awk saya hanya anggap awak kawan je) 
padahal aku suka sangat kat ko.
 Tapi tak tau la kenapa aku cakap tak. Adoi, sedih nye.
Then aku dapat tahu dari kawan aku yang dia ni pun pun suka dekat aku. Lagi lah bertambah sedih dan menyesal pun ada juga. Aku just senyap je la sampai sekarang aku tak contact dia tapi aku selalu tanya dekat kawan dia macam mana keadaan dia. Biarlah rindu haha. Kalau orang nak cakap aku bodoh pun ckap lah. Aqu memang macam ni (ayat yang selalu aku cakap pada  seseorang).

aku memang tak pernah nak sms dia ke call dia ke sebab takut je aku ganggu dia.
 Tapi dia pula ingat aku ni sombong tak na contact dia. Pape je la. Simpan je la dalam hati. Buat masa ini baik aku tumpu pada belajar je.

maceh maceh

Wednesday, August 10, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah


ni untuk segmen promosi 500 follower ke bawah ye 

syarat penyertaan

nama: ummu mohamed 
hobi: blogging and reading(sebnarnye banyak tapi malas la nak tulis bebanyak)

Then member yang aku nak invite ialah:
nanie (bff meyh)

okeyh settle, 
kalo korang berminat nak join segmen atau nak tahu dengan lebih lanjut ni meh click SINI 
maceh2


maceh maceh

Tuesday, August 9, 2011

pengakhiran sem 1

wah tak sangka aku da abis dan aqu da berjaya tamat semester1,
ini bermaksud sudah hampir 4bulan aqu berjaya duduk di kolej. 
Gembira pun ada sedih pun ada 

(sedih ni)

Akak senior aqu semua pun dah tamatlah perjuangan diorang, nanti aku mesti rindu dekat kak nad(akak sebilik aqu yang selalu beri tunjuk ajar dan suka kacau orang)haha. kak nunu, kak atikah, dan yang lain-lain lah.

Kalau korang nak tahu akak senior kat kolej aku ni semua peramah. Aku suka kawan dengan diorang. Masa final exam hari tu masa tu lah bulan puasa menjelma dan tepat hari kelima berpuasa sudah tamat segala exam yang perlu aku tempuh.

 Dan pada hari ke-6 iaitu hari sabtu sudah tiba masanya aqu balik ke rumah rasa nak tinggal kolej sangat berat (biasalah orang ta penah dok hostel kan) Nanti bila tiba sem baru semuanya pasti akan berubah.

Goodluck to akak-akak senior sem6 
i will miss u
And miss me too okay. heheh



maceh maceh

Thursday, August 4, 2011

welcome August





Its already August.

yess merdeka!!!

 aqu da berjaya harungi Final Exam yang memenatkan perah kapale otak aqu nak belajar sampai pening. Okeh dan sampai masa untuk aqu cuti sem (sebulan nie) dok umah buat kuih raya je la. wahwahwah. suke2 nanti raya jangan lupa datang rumah tau. hehe 

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua

(malas nak taip panjang2 tengah sakit tangan nih)




maceh maceh