>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Sunday, August 14, 2011

keadaan berbuka puasa di hotel

Apabila tiba nya aku di pintu masuk di depan dewan makan Hotel terdapat pelbagai golongan tak kira tua ataupun muda. Dengan pakaian mereka yang dipenuhi labuci serta  manik-manik yang berkilauan serta dengan cincin yang bersinar-sinar yang besar yang dipakai oleh Datin-datin kesemuanya dilihat gah serta mewah. 

Apabila melangkah masuk sahaja ke dalam dewan makan terasa bahawa diri ini kecil sekali dihiasi lampu yang besar di atas syiling hotel dan berkelip  bagaikan berada di awanan yang dipenuhi bintang yang bercahaya. Kerusi-kerusi dan meja-meja tersusun kemas dan dihiasi dengan bunga ros diletakkan di dalam pasu kecil, pinggan serta cawan juga dikemas dengan teliti sekali. 

Di dalam dewan aku dapat dapat melihat bahawa pelayan-pelayan sudah berdiri dengan tegak dengan baju yang kemas sudah bersedia untuk melakukan tugas nya sambil memerhati. Ada juga pelayan yang sedang mengisi air, sedang mengelap pinggan, cawan dan sebagainya. Keletah kanak-kanak yang berkejaran bermain-main di dalam dewan hanya di perhati oleh ku. Serta bahasa yang digunakan kanak-kanak itu amat asing bagi ku. aku meneliti kembali percakapan kana-kanak itu rupanya mereka bercakap didalam bahasa inggeris. Aku hanya tersenyum. 

Apabila seruan azan sudah berkumandang sahaja kesemua orang di lihat sibuk mengambil kurma buat mengisi perut yang kosong ada juga yang sedang minum bagi berbuka. Kedengaran suara yang sedang bergelak-ketawa dan bercakap-cakap. Disertai dengan nyanyian lagu keagamaan di atas pentas dewan bagi menimbulkan suasana yang tenang. 

Apabila sudah selesai sahaja makan kurma serta bubur dilihat ramai tetamu yang keluar dari dewan makan menuju ke surau untuk sujud kepada ilahi. Alangkah indahnya dan tenang nya hati ku melihat teraturnya kedudukan saf solat di dalam surau yang besar itu tidak kira darjat ataupun pangkat kita solat pada satu surau dan saf yang sama. Setelah selesai solat maghrib kesemua tetamu menuju kembali ke dalam dewan makan bagi menjamu selera. 

Makanan yang disediakan amat banya serta berbagai-bagai aneka makanan yang disediakan sehingga terasa tidak sabar untuk mangambil nya. Apabila sedang makan kedengaran bunyi sudu dan garfu yang sedang di ambil dan di suapkan kedalam mulut. Dan aku terfikir bagaimana agaknya keadaan orang-orang yang diluar sana yang tidak mempunyai makanan. Dengan apa agak nya mereka makan untuk mereka berbuka?. 

Apabila sudah selesai sahaja makan kesemua tetamu kembali ke surau lagi bagi melakukan solat isyak serta solat sunat terawih. Kelihatan juga tetamu-tetamu yang terus keluar dari hotel tanpa solat isyak berjemaah dahulu. 

Sesungguh nya aku berasa amat bersyukur sekali apabila keadaan ini  berlaku kerana ia merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Serta memberi pengajaran dan bersyukur pada rezeki yang diberi kepada ku.

p/s: aku ni memang suka sangat mengahayati sesuatu tempat yang aku pergi nak ambil 'feel' harap korang tak bosan. Nak share je apa yang aku rasa. ;)




maceh maceh

No comments:

Post a Comment