>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Thursday, April 12, 2012

Kisah benar: Bau Kasturi dan Zina

Assalamualaikum, 
ni ada satu kisah saya nak share dengan korang. 
kita mula kan kisah nya * hehe 

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. 




maceh maceh

Thursday, April 5, 2012

Perkaderan MAIS

Assalamualaikum,


Baru je balik dari jalan-jalan dengan jiran saya, tapi dengan adik saya sekali la takkan nak berdua dengan dia je kalau dia perempuan tak pa, naik kereta pusing-pusing satu Ampang ni . Buat apa jalan-jalan? haha saje je kitorang dah lama tak jumpa so, agak miss la dekat dia *ecece poyo je . Takkan tak singgah mana-mana? Tak la dalam kereta tu menyanyi, melalak, borak-borak . Pastu kitorang pergi Taman Tar tempat di mana orang selalu joging dekat situ . 


After that, balik rumah . Sebenarnya nak bagi tau saya ni penat tu je. haha panjang lebar cerita kan .


Esok, 6 april ni saya akan pergi ke Nur Lembah Pangsun sebab ada program Perkaderan anjuran MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) agak excited nak pergi. Tu je nak cite, poyo kan i ni ? lol. Nanti i update lagi ye lepas i balik nanti :D
maceh maceh

Monday, April 2, 2012

Hadiah terindah bagi Wanita





Ramai lelaki berani mengucap macam ni pada wanita


"i love u darling"
"saya sayang awak" 
"saya cinta awak" 
"saya kasih awak" 


Tapi ramai ke yang berani jumpa dengan ayah perempuan itu dan mengatakan :


"pakcik, saya nak meminang anak pakcik dan jadikan dia sebgai isteri saya yang HALAL..."


be gentleman, dont afraid. my dad is not LION but MY DAD is MY "WALI" ♥ 




Ini adalah hadiah yang terindah dan tidak mungkin dapat dilupakan bagi seorang wanita, jika lelaki tersebut mampu untuk mengucapkan kata tersebut pada ayah wanita .






maceh maceh

Kawan tua?

Assalamualaikum uollss, hehe

Korang mesti ada kawan kan? tipu la kalau cakap awak tu tak de kawan. Takkan sorang pun tak de mesti ade nye lah. Hmm saya ni lah jenis suka kawan dengan semua orang kalau orang minta nombor je saya bagi tak kisah la laki ke perempuan ke makcik ke pakcik ke haha. Dan kalau dekat Facebook ke Twitter ke orang tegur saya, walaupun saya tak kenal saya layan je macam kenal .

Kawan paling tua yang saya adalah berumur 52tahun, haha kalau orang lain mesti anggap macam bapak ke or pakcik ke . Tapi saya tak, sebab Pakcik ni gila-gila sikit tak padan dengan umur dia, dia pun layan saya tak macam budak cakap pun sempoi je.

Kalau boleh dalam hidup ni saya nak cari kawan seramai yang mungkin 

'Berkasih biar satu, berkawan biar berjuta'


 so kalau korang nak berkawan im ok, layan je lagi ramai kawan lagi bagus :D




maceh maceh