>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Saturday, August 11, 2012

Alhamdulillah


senyum tak perlu kata apa-apa 


maceh maceh

Doa untuk kedua orang tua




(clic pada gambar bagi lebih jelas)


Rasulullah SAW pernah bersabda : 

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu

( tak kira masih hidup atau telah meninggal dunia )"
nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu

Berdasarkan Hadith Nabi SAW : 


" Tidak akan terputus rezeki seseorang ANAK selagi dia tidak
meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"









maceh maceh

Aktiviti sepanjang semester 4

Assalamualaikum and a very good morning/evening/after noon (huh tak kesah la)

Ha nak cakap ape ye tadi ? hmm lupa lak, ok dah ingat dah. haha entry ni khas untuk sahabat aku yang sorang ni.


sebab dia tanya aku last week

mr S: "ko ni ummu busy sangat macam ko ni MPP lak kan? ape je ko buat sepanjang sem ni sampai busy bebenar? cam orang ternama yang busy sampai tak ingat dunia. hahaha (gelak jahat dia)
aku : "well bakal MPP kan (haha perasan) kalo ko nak tau nanti ko tengok kat blog aku la, panjang cite nya kalo nak cite ikutkan sampai esok tak habis. lagi pun cite ngan kau tak guna buat habis air liur aku je.
mr S: Ok tepati janji kau, aku tunggu ko nya entry baru ni kalau tak..
aku: A.K.K sekarang (ada ku kesah) hmm yela anything for you.

fine, aku malas nak ingat balik ayat mr. S ni cakap yang lebih-lebih, bikin waa meluat je. haha sebab dia ni suka buat lawak bodoh.

firstly, kelas aku full sampai malam pun ade kelas
Secondly, aku busy sebab aku pegang jawatan sebagai exco penerbitan kelab prespacc (pre-school, psychology and counseling club)
Then, aku setiausaha kelab perpustakaan kolej
Next, dua kali seminggu aku ada training silat, then aku rajin join program or anjurkan program, aku join usrah lagi and aku ketua asrama.


Program keusahawanan
'Jual Aiskrim'

Discussion



Mukhayyam


zoom to zoo
sukarelawan program orang asli

ade lagi tapi setakat ni je termampu aku upload gambar yang lain-lain semua lain kali la *kalo rajin.
ok to mr S thanks, ko still juga msg aku walaupun aku selalu tak balas msg ko, aku bukan tak nak balas tapi memang aku tak leh nak buat ape lah kan. 
ayat tacing ;)

sayang ko lebih ✯






maceh maceh

Thursday, August 9, 2012

update update !

Assalamualaikum :)

Sorry korang dah lama tak update blog ni kesian blog ni dah lama terbiar :(
Saya busy sangat semester ni tak dapat nak buat ape lah kan . huh kawan-kawan pun dah tanya

 "ummu bila nak update ko nye blog ni ? same je aku tengok"


but now saya cuti semester boleh lah saya post blog ni selalu kan 




maceh maceh

Thursday, April 12, 2012

Kisah benar: Bau Kasturi dan Zina

Assalamualaikum, 
ni ada satu kisah saya nak share dengan korang. 
kita mula kan kisah nya * hehe 

Ada seorang pemuda yang menjual kain dari rumah ke rumah. Ia mempunyai susuk tubuh yang tegap dan rupa yang tampan.

Suatu hari ia lewat di jalan-jalan dan seorang wanita telah memanggilnya dan memintanya untuk masuk ke dalam rumah, apabila pemuda itu masuk ke dalam rumah maka wanita itu terus mengunci pintu. Terkejut dengan perbuatan wanita tersebut, pemuda itu mengingatkanya dengan Allah dan azab yang pedih..

Tapi sia-sia.. Amarah wanita itu semakin bertambah. Wanita itu menyatakan betapa ia ingin melepaskan perasaan rindu dendamnya yang terpendam sejak sekian lama terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu berkata pada pemuda penjual kain: “Jika anda tidak melakukan apa yang aku perintahkan pada kamu nescaya aku akan menjerit minta tolong. Aku akan beritahu kepada semua orang bahawa kamu menceroboh masuk dan memaksa ku melakukan perkara sumbang. Sudah tentu orang akan mempercayai kata-kataku ini.”

Melihat sikap wanita itu yang nekad. Pemuda itu menyuruhnya pergi bersiap-siap dan ia minta izin untuk masuk ke bilik air dengan alasan kononya ia juga ingin mempersiapkan diri. Apabila masuk ke bilik air, tubuh pemuda itu dengan sendiri rasa gementar daripada rasa takut dan jatuh dalam lumpur dosa dan tiba-tiba timbul dalam fikirannya satu jalan keluar.

Pemuda itu pun buang air besar dan ia lumurkan seluruh badan dengan najisnya sendiri. Sambil menangis ia berkata: “Daripada aku terjerumus dalam najis dosa dan kemurkaan Allah maka lebih baik aku lumurkan diriku dengan najis dunia yang busuk ini.”

Apabila pemuda itu keluar dari bilik mandi, ia dapati wanita itu sudah menunggunya. Ia melihat sendiri betapa terperanjatnya wanita itu dan wanita itu merasa sangat merasa jijik dengan keadaannya. Lalu wanita itu menjerit marah dan menyuruh pemuda itu keluar dari rumahnya dengan segera.

Lepaslah si pemuda dari dugaan yang amat berat. Dalam perjalanan pulang ia terdengar azan berkumandang.Ia terus balik ke rumah membersihkan diri. Dan dengan perasaan malu dengan bauan yang tak enak pada tubuhnya ia terus melangkahkan kakinya ke masjid.

Setelah selesai solat, pemuda itu menjadi panik apabila semua mata para jemaah tertumpu ke arahnya. Dalam keadaan tersipu-sipu ia mohon maaf. Apabila ia ingin beredar, jemaah masjid mengerumuninya dan bertanya kepadanya dari mana ia mendapat bauan yang sangat wangi itu. Semua ahli jemaah dapat mencium bauan kasturi yang semerbak harumannya..
Dikatakan bahawa bauan itu kekal dalam diri pemuda itu sampai akhir ajalnya. Ia di kenali dengan panggilan Abu Bakar “Al Miski” bermaksud Pemuda Kasturi..

Ingatlah, apabila seseorang melakukan zina ia terjerumus dalam najis dosa yang amat jijik di sisi Allah. Tapi sebelum itu, apabila hatimu tergerak untuk melakukan zina, ia sudah terlebih dahulu terpalit noda walaupun kamu tidak melakukannya. Itulah zina hati namanya. 




maceh maceh

Thursday, April 5, 2012

Perkaderan MAIS

Assalamualaikum,


Baru je balik dari jalan-jalan dengan jiran saya, tapi dengan adik saya sekali la takkan nak berdua dengan dia je kalau dia perempuan tak pa, naik kereta pusing-pusing satu Ampang ni . Buat apa jalan-jalan? haha saje je kitorang dah lama tak jumpa so, agak miss la dekat dia *ecece poyo je . Takkan tak singgah mana-mana? Tak la dalam kereta tu menyanyi, melalak, borak-borak . Pastu kitorang pergi Taman Tar tempat di mana orang selalu joging dekat situ . 


After that, balik rumah . Sebenarnya nak bagi tau saya ni penat tu je. haha panjang lebar cerita kan .


Esok, 6 april ni saya akan pergi ke Nur Lembah Pangsun sebab ada program Perkaderan anjuran MAIS (Majlis Agama Islam Selangor) agak excited nak pergi. Tu je nak cite, poyo kan i ni ? lol. Nanti i update lagi ye lepas i balik nanti :D
maceh maceh

Monday, April 2, 2012

Hadiah terindah bagi Wanita





Ramai lelaki berani mengucap macam ni pada wanita


"i love u darling"
"saya sayang awak" 
"saya cinta awak" 
"saya kasih awak" 


Tapi ramai ke yang berani jumpa dengan ayah perempuan itu dan mengatakan :


"pakcik, saya nak meminang anak pakcik dan jadikan dia sebgai isteri saya yang HALAL..."


be gentleman, dont afraid. my dad is not LION but MY DAD is MY "WALI" ♥ 




Ini adalah hadiah yang terindah dan tidak mungkin dapat dilupakan bagi seorang wanita, jika lelaki tersebut mampu untuk mengucapkan kata tersebut pada ayah wanita .






maceh maceh

Kawan tua?

Assalamualaikum uollss, hehe

Korang mesti ada kawan kan? tipu la kalau cakap awak tu tak de kawan. Takkan sorang pun tak de mesti ade nye lah. Hmm saya ni lah jenis suka kawan dengan semua orang kalau orang minta nombor je saya bagi tak kisah la laki ke perempuan ke makcik ke pakcik ke haha. Dan kalau dekat Facebook ke Twitter ke orang tegur saya, walaupun saya tak kenal saya layan je macam kenal .

Kawan paling tua yang saya adalah berumur 52tahun, haha kalau orang lain mesti anggap macam bapak ke or pakcik ke . Tapi saya tak, sebab Pakcik ni gila-gila sikit tak padan dengan umur dia, dia pun layan saya tak macam budak cakap pun sempoi je.

Kalau boleh dalam hidup ni saya nak cari kawan seramai yang mungkin 

'Berkasih biar satu, berkawan biar berjuta'


 so kalau korang nak berkawan im ok, layan je lagi ramai kawan lagi bagus :D




maceh maceh

Thursday, March 22, 2012

Kenapa anda buat BLOG or BERBLOGING?

Assalamualaikum and Hi to all of you 
yang mengenali saya dan yang tidak mengenali saya, 
yang  suka saya dan yang tidak suka saya, 
yang membaca dan yang tidak membaca blog saya ni . hehe



Ok la straight to the point, kenapa korang buat blog atau berbloging ?



  1. untuk dapatkan ramai FOLLOWER 
  2. untuk SUKA-SUKA 
  3. untuk POPULAR
  4. IKUT ORANG (tengok orang berblog dia pun sibuk nak ikut)
  5. saje je nak LUAH PERASAAN, CERITA TENTANG DIRI, KEHIDUPAN dan PENGALAMAN
  6. untuk SHARE perkara tentang agama,lirik lagu, isu terkini dan isu menarik .
  7. untuk sekadar janji ADA BLOG padahal kosong.
  8. untuk COPY CAT blog orang haha (ada org mcm tu saya penah jumpe)

Korang rasa korang yang mana satu? 

Dulu masa baru nak buat blog ni NO.4
sekarang NO.5+NO.6 :D ngee

maceh maceh

Wednesday, March 21, 2012

"Saya Pelajar PSIKOLOGI"

Setiap kali orang tanya je 
"Awak ambil course ape?"
saya jawab "Psikologi"

Nanti dorang mesti cakap:
 "Awak mesti bole baca fikiran orang"
"Apa yang saya tengah fikir sekarang"
"Nak baca perwatakan saya macam mana?"
"Boleh baca orang la ni"
"Nak rawat orang gila ke?"

(-,-), (~,~)


Takde soalan lain ke nak tanya,
 bosan nak menjawab soalan yang macam ni,
 tak semestinya ambil course ni kena baca orang je.

maceh maceh

Tahniah [SPM 2011]



Disebalik kegembiraan pelajar yang dapat keputusan 
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 
yang lulus dengan jayanya,
 ramai juga yang sedih atas keputusan yang mereka kerana apa yang mereka harapkan tidak tercapai.

Ada nasihat untuk korang :

'Da lah, korang tak payah la nak bersedih korang dah buat yang terbaik kan, Tak semestinya kalau korang gagal sekarang korang akan gagal selamanya kan? ' usaha, jangan putus asa






'Sedangkan kegagalan tu lah yang akan jadi panduan korang masa hadapan, jangan la fikir malu atau korang ni memang tak pandai ke sebab tak semua orang mampu menjadi seperti yang diharapkan atau diinginkan oleh masyarakat '



Setiap manusia ada kelebihan yang tersendiri yang memang telah Allah berikan. Jadi korang kenalah bersyukur sekurang-kurangnya korang dah sehabis baik berusaha. 


Ada orang jenis tak belajar sangat, main-main tapi dia mampu dapat keputusan cemerlang 
Ada orang jenis belajar bagai nak rak tapi dia memang tak mampu dapat 
Lain lah kalau dia memang tak belajar, main je memanjang itu tak payah cakap la kan

maceh maceh

Tuesday, March 13, 2012

Cuti Sem lagi

yeay! cuti sem lagi untuk sem3 ni. 
Terasa cepat sangat sudah semester3 ni habis. 
Tak sabar nak tengok result haha dah la banyak main. 
Cuti sem ni paling lama sangat hampir 2 bulan cuti. 
Memang gila la, saya ni bukannye rajin pun nak dok rumah 


perkara yang saya sangat tak suka buat di rumah:

1.MEMASAK
2.MENGEMAS
3.SIDAI BAJU

kalau lipat baju suka la, memang la dekat rumah selalu kena membebel dengan Puan Aisyah (mama saya) sebab malas. Kalau kena bebel je saya akan buat muka cam ni

troll face
haha

So, kerja saya masa cuti ni hanya online facebook, Twitter, Blogger 
Dok dalam bilik hampir 24jam haha

P/S: *Tapi tak la sampai tak buat apa-apa kan at least saya cuci pinggan, sidai kain walau pun ta suka


maceh maceh

Im Back

Hye Guys, Assalamualaikum

Dah lama dah saya tak update blog ni. 
Busy la memang tak dapat dielakkan dekat Kolej saya pula biasa la internet nye di letak Password macam mana leh student nak online kalau nak pun kena pergi Lab Computer ni pun selalu sangat tutup. 
Rindu sangat dekat blog ni . 


maceh maceh

Tuesday, January 3, 2012

Gambar seksi Amalina jadi bualan

Assalamualaikum,

Sekarang  ni cerita tergempar pasal Amalina Che Bakri pelajar Spm dapat 17A memang hangat ditulis dan diperkatakan oleh semua orang dekat mana-mana je aku pergi semua sibuk kata pasal dia, bosan lah dah macam artis dah. sekarang aku pun malas lah nak bincang pasal ni. Tak tahu lah gambar-gambar tu betul atau tidak kan. Belambak gambar dia dari pakai tudung terus terbuka tudung tu aku pun malas lah nak tunjuk gambar-gambar tu sebab benda ni pun belum pasti kan. korang kalau nak tengok boleh search kat google atau blog yang lain.
Banyak sanngat dah gambar dia mesti jumpa nya lah.

kalau betul lah gambar tu aku akan doakan dia kembali kepada jalan Allah
Kalau tak betul, aku happy tu je lah dan doakan orang yang buat gambar tu kembali pada jalan Allah juga.


aku ingin mendekati dan mencari diri aku yang sebenar di dalam hidup ini 


maceh maceh