>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Sunday, July 31, 2011

indahnya berpuasa

Assalamualaikum buat semua follower, stalker, peminat serta yang sedang membaca aqu punya entry sekarang ini tak kira lah korang semua ni dari mana pun ye london ke australia ke malaysia ke tak kira lah dari mana-mana pun. ok entry kali ini ada kelainan sikit sebab aqu nak buat entry yang aqu rasa lain lah aqu pun tak tahu macam mana nak cakap. layan je la.
Dan tajuk entry aqu ini ialah:

INDAHNYA BERPUASA

Setiap tahun pasti semua umat islam akan berpuasa bagi menyempurnakan rukun islam yang ke tiga. Sebelum puasa bermula lagi kita dapat melihat rumah-rumah serta bangunan telah dicat dengan warna yang menarik serta ditambah kan lagi dengan banner tentang tibanya ramadhan. Lagu-lagu Raya juga sudah mula diputarkan di radio kedai-kedai juga sudah menawarkan tawaran istimewa bagi perabot, serta pakaian buat hari raya nanti. Jalan raya juga semakin sesak serta payung-payung bazar ramadhan sudah siap berdiri dengan megahnya buat persediaan puasa. Pada malam sebelum puasa bermula, kedengaran kanak-kanak sedang ketawa sambil bermain bunga api, rumah-rumah berkelipan dengan adanya pemasangan lampu pelita bagai mengalu-alukan kedatangan Ramadhan. Kaum ibu pula sedang bersiap bagi melakukan tarawih di surau serta masjid-masjid kaum bapa juga begitu, alangkah indah nya jika puasa ini selalu hadir di dalam hidup. Adakah kita dapat menyambutnya lagi di tahun hadapan? mungkin, hanya Allah yang tahu kerana penentu serta takdir kita terletak di tangan Allah yang maha kuasa.

maceh maceh

Thursday, July 28, 2011

perjuangan dalam ramadhan

Ada lagi berapa hari je Bulan Ramadhan bakal datang dan aqu dengan gembira nya menjemput kedatangan Ramadhan dengan hati yang terbuka tak sabar rasanya berpuasa kali pertama berpuasa di tempat lain, bersama kawan-kawan dan bukan bersama keluarga di Kolej sebab aqu kan still belajar lagi.




 Dan pada hari ISNIN ni 1/8/ bermula lah puasa dan dan pada hari tu juga la aqu ada Final exam memang memang berjuang habis-habisan la. Ya Allah bantu lah hamba mu ini. Doakan tau aqu berjaya aqu nak dapat Dekan. Harap-harap la dapat kan.
maceh maceh

memang korang ada ke??

korang hello, eh lupa Assalamualaikum la.
 bagi korang kan SAHABAT dengan KAWAN sama erti tak?
bagi aqu la kan tidak sama langsung  perbezaan sangat ketara lah

KAWAN
SAHABAT
·         Ada bersama kita bila kita senang bila kita susah dia hilang
·         Akan sentiasa bersama kita apabila susah dan senang
·         Akan mencari kita apabila ada kesusahan sahaja
·         Akan bersama kita dan akan mencari kita walau susah atau senang

·         Tidak dapat merasa serta memahami perasaan kita
·         Dapat merasa serta memahami kita umpama empati(meletakkan diri sendiri umpama dya yang kena)
·         Rapat bila ada benda
·         Rapat umpama adik-beradik



Ni bagi aqu la, tak tau la bagi korang kan. yela sebab kalau kawan semua orang boleh cakap dia ada kawan kan aqu pun ada kawan tapi kalau sahabat ada ke? korang ada ke?. Tak kira lah kawan baik ke kawan rapat ke bagi aqu sama je. Nak dapat sahabat ni sangat susah kerana sahabat adalah sanggup berjuang bersama sampai mati umpama sahabat Rasulullah.







maceh maceh

sweet or sour 18

Hi dan Assalamualaikum buat semua follower aqu dan stalker2 aqu yang misteri. huhu. Hari ni exam midterm berjalan dengan lancar Alhamdulillah semua soalan dapat dijawab dengan tenang doakan aqu lulus yer. Tau tak hari ini Birthday aqu korang kalau tak tau pendek umur. haha. (gurau je)  Birthday aqu dari hari Khamis 28/07 dari hari Rabu lagi dah ada orang wish tapi aqu lagi suka kalo org wish kalo hari tu memang Birthday aqu. Nak tahu tak sape orang pertama yang wish pada hari Sebelum Birthday aqu ialah Abg Apai siap dapat hadiah lagi. Nak tahu hadiah apa tu yang dia bagi? mana leh bagi tahu rahsia la. dan


orang pertama yang wish brthday aqu pada malam Birthday aqu tu adalah

Dengan bangganya aqu nak umumkan yang orang tu adalah:



ini lah orang ye.
Abg Zack
. Terima kasih abg z. 
Dye banyak bagi sokongan dan dye kelakar
Malam tu dye wish lagi sekali dalam fone pulak tuh suka nya aqu.

pastu ada je orang cakap aqu da TUA
 Tua sangat ke kalo umur 18 nie adoi. 
Kat Kolej pun orang cakap aqu tua. geram aqu
Ni lah orang yang cakap aqu tua nasib baik aqu tgah happy hehe

Wan Amru (Jiran aqu yang baik)
Sal Arisya (akak dekat Kolej aqu)

Mujahid Soleh ni sebenarnye nama dye Nas.
 Aqu kenal dye kat ILIM dye ok la tapi suka nyakat orang kadang
-kadang aqu geram gak dengan dye ann.



nie pulak adik mak aqu yang asal dari Filipina then pindah ke canada


Nie pun adik mak aqu tapi dia duduk di filipina sekarang


Aqu ingat kan sahabt aqu lupa nak wish Birthday aqu tapi akhirnya dorang wish gak. hehe. Happy sangat. Thanks
  Amirah and Hazwanie ;)
Naz dengan Abg Khairul pun ada wish. hehe

Aqu sebenarnya tak kisah pun kalau tak dapat hadiah kalau korang dah wish ni pun aqu da cukup bahagia. Sebab hadiah tu tak penting pun. 

Tahun ini pun aqu malas nak minta hadiah kat mak bapak aqu sbab aqu hanya nak tengok korang bahagia je.

'Bukan kah Doa itu lebih penting dari Hadiah'

maceh maceh

Wednesday, July 27, 2011

Innalillah ;)

Salam, hari ni 27.7 memang rasa nak marah je sbab da la esok ada exam Midterm pastu banyak nak kena baca tak paham pulak tuh minggu depan pulak ada Final Exam sumpah pening.

 Pastu message tak habis-habis masuk dalam handfone aqu yang warna putih tu yang sorang ni message aqu just nak bagi tahu masalah dia yang sorang ni bosan, yang sorang ni rindu yang sorang ni banyak tanya. Kusut aqu. dia tak fikir pulak masalah aqu an. Dah macam ustazah da aqu ceramah dia habis2. Hadoi, naik krem jari nak menaip dekat telefon tu dengan penat lagi ann. Da sampai 1567message dalam fone aqu dari bulan 1.2011. (Aqu ni memang jenis malas nak delete message).

 Memang tak de mood habis lah sampai nak senyum pun susah. Pastu boleh pulak handfone aqu ni buat hal tiba-tiba teroff aqu cube la on banyak kali ta dapat nasib la campak je la fone tu (tekanan emosi) aqu sampai Shakirah budak roommate aqu terbeliak mata dia terkejut. haha. kelakar wei. Sampai jahanam fone tu. haha

Nasib la, nanti aqu nak gi menanam jasad handfone aqu kat tanah perkuburan yang terdekat. Maka tamat lah riwayat handfone aqu yang telah berkhidmat dengan aqu dari aqu form3 uish lama gak ann.


maceh maceh

Monday, July 25, 2011

Nak Jauhkan diri dari Difitnah

Hi Assalamualaikum, selalunye setiap hari sabtu dan ahad pasti saya akan tengok Tv9 tentang Tanyalah Ustaz dan pada Sabtu minggu lepas. Yang menyampaikan  ceramah pada pagi tu saya tak ingat sapa nama Ustaz tu. Haiyaa waa manyak lupa la. Hahaha
Antara apa yang disampaikan ustaz tu ialah :

Amalkan membaca surah Al-Kahfi dari ayat 1-10. surah Al-kahfi ini mampu menjauhkan kita dari fitnah Dajjal yang besar apatahlah fitnah yang kecil yang dibuat oleh manusia. Insyaallah dengan Izin Allah kerana hanya Allah  yang mampu menolong hambanya.

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Jadi banyak kelebihannya jika kita mengamalkan surah Al-kahfi ini. 
Amalkan lah surah ini jika anda ingin terhindar dari fitnah Dajjal

maceh maceh

Sunday, July 24, 2011

Fesyen Tudung

Sekarang ni terdapat pelbagai fesyen tudung yang kita dapat tengok la dari bermacam-macam warna sampai bermacam-macam corak la. Sampai hari tu saya ada tengok tv yang menceritakan tentang biarawati Kristian cara pemakaian biarawati tu dah macam sama dengan trend pemakaian tudung wanita sekarang. Dalam islam memang la kita dibenarkan bergaya tapi janganlah sampai menarik perhatian dan terikut seperti agama lain kan.
Menurut Hadith Abu Daud:
"Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
Elakkan pakai tudung menampakkan bentuk leher.
Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. 

Menurut Hadith:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
p/s: Jadi beringatlah ye sebelum nak mengenakan sesuatu gaya pada diri tu. Korang tak fikir ke bahawa fesyen ni saje je direka bagi mengelirukan umat islam. Betapa halusnya perancangan serta perangkap yang dibuat oleh syaitan untuk memerangkap anak nabi Adam ye. 



maceh maceh

Saturday, July 23, 2011

pelik

Setiap hari jumaat pasti saya akan packing barang nak pergi ILIM,Bangi tapi hari ni rasa nak packing tp teringat plak yang PROGRAM STPSD ni dah habis. Dah tamat dan takkan ada lagi. huhu Sedih nye.

Perkara wajib yang akan saya buat setiap minggu :

1. Gaduh dengan Nazatul Asyikin(gaduh manja)
2. Keluar pada malam sabtu selepas habis kelas dengan Abg Apai dan Abg Zamri
3.  pergi makan ke jalan-jalan ke. 
4. Dapat pelajari benda yang baru
5. Sepahkan bilik dekat Ilim(haha)
6. Tido lambat
Saya paling rapat dengan:
Zamri (Abg Zack) & Shasaini Siau (Abg Apai)
Saya kagum dengan persahabatan dorang ^_^

Saya la tuh & Nazatul Asyikin
Sekarang semua nya da takkan berlaku lagi dan ia hanya akan jadi kenangan buat saya. Dan saya takkan lupa sampai bila-bila sebab banyak sangat kenangan manis dan pahit disana. Biasa la tu 
'Setiap pertemuan ada perpisahan dan setiap kehidupan pasti akan mati'




maceh maceh

Sunday, July 17, 2011

Majlis perpisahan (STPSD 2011)

Majlis pada hari Sabtu 16.7.1011 buat kali terakhirnya kita semua berkumpul pada kantin dan hampir kesemua peserta menghadiri majlis perpisahan ini ada yang tak dapat datang sebab ada hal.
 sedih sangat bila majlis dah nak tamat.
 dan boleh nampak lah kesemua peserta sedih. haha. 
sampai ada yang nangis antara orang nya aku lah tuh (ntah pape ntah touching2 lak an). hehe. Semoga Allah memberkati kamu semua dan terima kasih sebab dah ajar saya menjadi seorang yang berani dan memberi ilmu pengetahuan pada saya sedikit sebanyak dapat membantu pd masa depan.

antara peserta stpsd 2011:
1. Siti Hajar
2. Shameema 
3. Nur Aisyah Aleya
4.Aisyah Tayap Dingayan
5. Farah Leong
6. Azlina Phua
7. Hamidun
8. Fatih Vincent
9. Farhana Balqis
10.Anisa Dukes
11. Datin Hana
12. Sofia Bobby
13. Fowziah Begam
14. Fazirol
15. Ustaz Asyraf
16. Zamri vinoth (zack)
17. Shasainie siau (apai)
18. Faizal
19. Uncle Mahadi chan
20. Khairul Aiman Chuah
21. Nasamirul Fitri
22. Uncle Ghani
23. Ibrahim
 24. Abdul Halim
25. Abdul Rahman Gan



 abg apai dan abg khairul membuat persediaan

kesemua peserta yang sedang bertungkus lumus bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar

 kesemua yang hadir

korang semua memang best lah selama 3bulan setengah kita bersama banyak kita tempuhi serta dugaan yang Allah beri. 
Semoga berjumpa lagi semua. ;)
Insyaallah

maceh maceh

Tuesday, July 12, 2011

Sijil Tinggi Pengajian Sains Dakwah (STPSD)

Pada awal nya tak nak saya ikut Program nie tapi bila da masuk minggu ke dua ikut progtam nie. ia sangat la menarik. Dapat berkenalan dengan kawan yang baru pengalaman jadi mc dapat kenal dengan semua org dalam program nie. Memang best la.Selama ikut program nie dari 2April-17Julai sye dapat pengalaman baru dapat beljar dengan orang yang lebih tua.haha. Sedih bila nak habis program nie dah yela setiap minggu setiap sabtu dan ahad gi sana jadi dah rapat macm adik beradik dah kita semua

kandungan program ini termasuk dengan mempelajari:
1.Akidah islam
2.Akhlak
3. Dakwah
4. Al-Quran
5. Al-Hadith
6. Syariah
7. Kemahiran Komunikasi
8.Pengurusan saudara baru
10. Sirah nabawi

peserta kebanya kan adalah seramai 30 orang dan dari pelbagai kaum la.Jd dpat la kita mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seseorang tu.

maceh maceh