>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Sunday, July 24, 2011

Fesyen Tudung

Sekarang ni terdapat pelbagai fesyen tudung yang kita dapat tengok la dari bermacam-macam warna sampai bermacam-macam corak la. Sampai hari tu saya ada tengok tv yang menceritakan tentang biarawati Kristian cara pemakaian biarawati tu dah macam sama dengan trend pemakaian tudung wanita sekarang. Dalam islam memang la kita dibenarkan bergaya tapi janganlah sampai menarik perhatian dan terikut seperti agama lain kan.
Menurut Hadith Abu Daud:
"Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka"
Elakkan pakai tudung menampakkan bentuk leher.
Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. 

Menurut Hadith:
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).
Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
p/s: Jadi beringatlah ye sebelum nak mengenakan sesuatu gaya pada diri tu. Korang tak fikir ke bahawa fesyen ni saje je direka bagi mengelirukan umat islam. Betapa halusnya perancangan serta perangkap yang dibuat oleh syaitan untuk memerangkap anak nabi Adam ye. 



maceh maceh

No comments:

Post a Comment