>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Sunday, July 31, 2011

indahnya berpuasa

Assalamualaikum buat semua follower, stalker, peminat serta yang sedang membaca aqu punya entry sekarang ini tak kira lah korang semua ni dari mana pun ye london ke australia ke malaysia ke tak kira lah dari mana-mana pun. ok entry kali ini ada kelainan sikit sebab aqu nak buat entry yang aqu rasa lain lah aqu pun tak tahu macam mana nak cakap. layan je la.
Dan tajuk entry aqu ini ialah:

INDAHNYA BERPUASA

Setiap tahun pasti semua umat islam akan berpuasa bagi menyempurnakan rukun islam yang ke tiga. Sebelum puasa bermula lagi kita dapat melihat rumah-rumah serta bangunan telah dicat dengan warna yang menarik serta ditambah kan lagi dengan banner tentang tibanya ramadhan. Lagu-lagu Raya juga sudah mula diputarkan di radio kedai-kedai juga sudah menawarkan tawaran istimewa bagi perabot, serta pakaian buat hari raya nanti. Jalan raya juga semakin sesak serta payung-payung bazar ramadhan sudah siap berdiri dengan megahnya buat persediaan puasa. Pada malam sebelum puasa bermula, kedengaran kanak-kanak sedang ketawa sambil bermain bunga api, rumah-rumah berkelipan dengan adanya pemasangan lampu pelita bagai mengalu-alukan kedatangan Ramadhan. Kaum ibu pula sedang bersiap bagi melakukan tarawih di surau serta masjid-masjid kaum bapa juga begitu, alangkah indah nya jika puasa ini selalu hadir di dalam hidup. Adakah kita dapat menyambutnya lagi di tahun hadapan? mungkin, hanya Allah yang tahu kerana penentu serta takdir kita terletak di tangan Allah yang maha kuasa.

maceh maceh

No comments:

Post a Comment