>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Monday, July 25, 2011

Nak Jauhkan diri dari Difitnah

Hi Assalamualaikum, selalunye setiap hari sabtu dan ahad pasti saya akan tengok Tv9 tentang Tanyalah Ustaz dan pada Sabtu minggu lepas. Yang menyampaikan  ceramah pada pagi tu saya tak ingat sapa nama Ustaz tu. Haiyaa waa manyak lupa la. Hahaha
Antara apa yang disampaikan ustaz tu ialah :

Amalkan membaca surah Al-Kahfi dari ayat 1-10. surah Al-kahfi ini mampu menjauhkan kita dari fitnah Dajjal yang besar apatahlah fitnah yang kecil yang dibuat oleh manusia. Insyaallah dengan Izin Allah kerana hanya Allah  yang mampu menolong hambanya.

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Jadi banyak kelebihannya jika kita mengamalkan surah Al-kahfi ini. 
Amalkan lah surah ini jika anda ingin terhindar dari fitnah Dajjal

maceh maceh

No comments:

Post a Comment