>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Saturday, August 13, 2011

apabila hati sudah dimiliki

Rindu sangat!!

Hanya kata-kata ini yang mampu aku ungkapkan buat orang yang aku sayang dulu kita selalu keluar bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain hampir setiap minggu kita akan pergi ke mana sahaja tanpa arah tuju. Apabila sudah sampai masa nya atau pun terlalu ngantuk baru kita akan balik untuk tidur. Hampir setiap minggu aku akan menantikan saat ini.

Tetapi semenjak ada pergaduhan antara kawan kita yang lain semua nya jadi lain minggu semakin minggu ada sahaja kesedihan yang akan diluahkan dan ada sahaja kutukan antaranya. Hingga lah hari terakhir kita semua bersama umpama tiada makna. Apabila tangan yang hangat dan kasar tidak lagi dapat dirasakan. Minggu semakin minggu selepas berakhirnya khursus ini. Diri ini menjadi tidak keruan sering termenung sendirian kesedihan sentiasa menghantui diri dan hanya buku menjadi peneman di malam hari.

Aku rindu pada percakapan mu, pada sms yang sering dihantar oleh mu, dengan senyuman mu, rindu dengan melihat wajah tulus mu yang sering merenung wajah ini, rindu dengan melihat cara pemakaian mu, rindu dengan debaran yang dirasakan, rindu pada gelakan mu, lawak mu, pada nyanyian mu,  dan rindu pada bauan pada baju mu.[lagu dadali-disaat aku mencintai mu] sering bermain difikiran ku



Satu hati dua cinta. kadang kala aku menangis sendirian pada malam hari mengenang hari kita bersama dulu, hadiah yang kau beri kepada ku hanya di pandang dan disentuh tanpa digunakan.Sehingga aku selalu tidak tidur memikirkan dirimu.

Mengapa hati ini? adakah engkau sudah berjaya meragut hati ku. mungkin atau mungkin tidak. Aku hanya menunggu hari yang mendatang bagi melafazkan nya kepada mu. Keberanian yang mungkin akan hadir pada masa nya atau hanya pendam kan nya hingga menjadi luka yang parah. 

Aku hanya menyibukkan diri ku dengan melakukan kerja-kerja tanpa henti untuk melupakan mu. Dan aku mendapat kekuatan untuk hidup semula  dengan meluahkan kepada rakan ku. Dalam aku mencari ketenangan hadinya dirimu memberi makna. Kerana hadirmu dalam hidupku meninggalkan kesan yang amat mendalam. Terima kasih kerana selama ini engkau telah hadir dalam hidupku.




maceh maceh

No comments:

Post a Comment