>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Thursday, August 18, 2011

kisah:kematian yang dielak

          Kejadian ini mengisahkan tentang seorang pemuda sudah bersiap untuk bertolak ke suatu tempat menaiki kapal terbang. Dia memberitahu ibunya waktu berlepas pesawat adalah sekian-sekian. Kemudian pemuda itu meminta ibunya untuk membangunkannya jika
sudah dekat pada waktunya. lalu pemuda itu pun tidur. 

             Dalam pada itu, si ibu mengikuti berita cuaca dari radio yang menjelaskan bahawa angin bertiup kencang dan langit sedang mendung. Si ibu amat sayang terhadap anak satu-satunya itu. Sebab itu dia tidak membangunkan anaknya dengan harapan dia tidak jadi pergi pada hari itu kerana cuaca sangat buruk. Dia takut  berlaku peristiwa yang tidak diingini pada anak nya itu. Apabila si ibu sudah yakin waktu perjalanan anaknya sudah terlambat, dan pesawat sudah berlepas, si ibu tersebut pun membangunkan anaknya. Ternyata si anak (pemuda) sudah wafat di tempat tidurnya.


p/s: 
Allah maha mengetahui dan orang yang takut dan lari dari kematian, kematian sendiri akan menemui nya. 







maceh maceh

Sunday, August 14, 2011

keadaan berbuka puasa di hotel

Apabila tiba nya aku di pintu masuk di depan dewan makan Hotel terdapat pelbagai golongan tak kira tua ataupun muda. Dengan pakaian mereka yang dipenuhi labuci serta  manik-manik yang berkilauan serta dengan cincin yang bersinar-sinar yang besar yang dipakai oleh Datin-datin kesemuanya dilihat gah serta mewah. 

Apabila melangkah masuk sahaja ke dalam dewan makan terasa bahawa diri ini kecil sekali dihiasi lampu yang besar di atas syiling hotel dan berkelip  bagaikan berada di awanan yang dipenuhi bintang yang bercahaya. Kerusi-kerusi dan meja-meja tersusun kemas dan dihiasi dengan bunga ros diletakkan di dalam pasu kecil, pinggan serta cawan juga dikemas dengan teliti sekali. 

Di dalam dewan aku dapat dapat melihat bahawa pelayan-pelayan sudah berdiri dengan tegak dengan baju yang kemas sudah bersedia untuk melakukan tugas nya sambil memerhati. Ada juga pelayan yang sedang mengisi air, sedang mengelap pinggan, cawan dan sebagainya. Keletah kanak-kanak yang berkejaran bermain-main di dalam dewan hanya di perhati oleh ku. Serta bahasa yang digunakan kanak-kanak itu amat asing bagi ku. aku meneliti kembali percakapan kana-kanak itu rupanya mereka bercakap didalam bahasa inggeris. Aku hanya tersenyum. 

Apabila seruan azan sudah berkumandang sahaja kesemua orang di lihat sibuk mengambil kurma buat mengisi perut yang kosong ada juga yang sedang minum bagi berbuka. Kedengaran suara yang sedang bergelak-ketawa dan bercakap-cakap. Disertai dengan nyanyian lagu keagamaan di atas pentas dewan bagi menimbulkan suasana yang tenang. 

Apabila sudah selesai sahaja makan kurma serta bubur dilihat ramai tetamu yang keluar dari dewan makan menuju ke surau untuk sujud kepada ilahi. Alangkah indahnya dan tenang nya hati ku melihat teraturnya kedudukan saf solat di dalam surau yang besar itu tidak kira darjat ataupun pangkat kita solat pada satu surau dan saf yang sama. Setelah selesai solat maghrib kesemua tetamu menuju kembali ke dalam dewan makan bagi menjamu selera. 

Makanan yang disediakan amat banya serta berbagai-bagai aneka makanan yang disediakan sehingga terasa tidak sabar untuk mangambil nya. Apabila sedang makan kedengaran bunyi sudu dan garfu yang sedang di ambil dan di suapkan kedalam mulut. Dan aku terfikir bagaimana agaknya keadaan orang-orang yang diluar sana yang tidak mempunyai makanan. Dengan apa agak nya mereka makan untuk mereka berbuka?. 

Apabila sudah selesai sahaja makan kesemua tetamu kembali ke surau lagi bagi melakukan solat isyak serta solat sunat terawih. Kelihatan juga tetamu-tetamu yang terus keluar dari hotel tanpa solat isyak berjemaah dahulu. 

Sesungguh nya aku berasa amat bersyukur sekali apabila keadaan ini  berlaku kerana ia merapatkan hubungan silaturrahim sesama kita. Serta memberi pengajaran dan bersyukur pada rezeki yang diberi kepada ku.

p/s: aku ni memang suka sangat mengahayati sesuatu tempat yang aku pergi nak ambil 'feel' harap korang tak bosan. Nak share je apa yang aku rasa. ;)




maceh maceh

Berbuka Puasa di Hotel

Assalamualaikum dan salam satu malaysia 
(hehe tak bole blah aku ni )


Hari ini dah masuk kali ke-2 dah aku sudah berbuka puasa di Hotel yang pertama di Hotel Shangri-La yang kedua di Hotel Hilton.
 Dah dua-dua hotel ini aku berjumpa dengan Dato seri Shahrizat.
korang kenal tak meh aku tunjuk sikit


ni lah dia dah kenal dah? 

Kalau korang tak kenal aku tak tahu lah nak cakap macam mana kan.
Kalau tak aku nak minta tangkap gambar ngan dia tapi tak nak la segan aku ramai sangat orang.
Ini pun atas dasar jemputan dari saudara aku
 . 
menu utama di Hotel Hilton


 di syiling hotel
 lantai hotel

Hotel yang aku sebut ni memang dipenuhi dengan barangan yang mewah and cantik lah dan orang-orang yang  datang kebanyakan nya adalah VVIP meh. Aku pun bajet lah macam anak Datuk kan siap dapat beg percuma lagi cu tengok beg kat belakang aku tu lah beg nya. Jangan  Jelous. Hehe

ini lah aku
memang setiap tahun aku akan berbuka puasa di Hotel tak kira lah Hotel mana sebab ada orang jemput. 
lagipun ada hadis Rasulullah yang mengatakan kalau ada seseorang menjemput kita pergi kesesuatu majlis kita harus pergi kecuali kalau ada alasan yang munasabah kalau tak berdosa






maceh maceh