Assalamualaikum and Selamat sejahtera semua
Maaf lah dah agak lama tak update post baru :( mengada betul ummu ni. Disebabkan ada yang bertanya sebab tu saya nak hidupkan balik blog saya yang usang ni.
Kepada mereka yang tak tahu saya sekarang praktikal di Islamic Oureach ABIM di Masjid Negara, Memang best praktikal disini dan setiap hari dapat berjumpa dengan pelbagai orang dari serata negara. Hampir 2bulan dah saya berpraktikal and lepas ni tak tahu la nak buat apa tanam anggur le lepas ni, sebab praktikal 2 bulan je . huh
Disini tiap hari ada Volunteer Pemandu Pelancong Masjid ala yang macam pemandu pelancong tapi ini untuk masjid dan mereka ini haruslah menghadiri khursus dulu baru lah boleh jadi pemandu pelancong .
disebabkan pakaian mereka (orang luar) yang tak berapa sesuai jubah ungu tu adalah pakaian yang diberikan kepada orang luar mereka ada dari dalam dan luar negara dan kebanyakan mereka bukan beragama islam yang nak masuk masjid, dan sebelah itu lah antara volunteer
kadang mereka berminat untuk tahu tentang masjid ada juga yang tanya tentang islam rasa teruja and bangga bila tengok volunteer masjid ni .
indahnya berdakwah, semoga pengalaman saya ni dapat saya kongsi dengan anda semua.
Berminat ? CLIK IOA
No comments:
Post a Comment