>

Penulisan tersendiri mencipta beribu maksud tersendiri

status status

Current updates:
❥ Assalamualaikum ❥. sekadar perkongsian, semoga bermanfaat. Terima Kasih^.^

Sunday, July 31, 2011

indahnya berpuasa

Assalamualaikum buat semua follower, stalker, peminat serta yang sedang membaca aqu punya entry sekarang ini tak kira lah korang semua ni dari mana pun ye london ke australia ke malaysia ke tak kira lah dari mana-mana pun. ok entry kali ini ada kelainan sikit sebab aqu nak buat entry yang aqu rasa lain lah aqu pun tak tahu macam mana nak cakap. layan je la.
Dan tajuk entry aqu ini ialah:

INDAHNYA BERPUASA

Setiap tahun pasti semua umat islam akan berpuasa bagi menyempurnakan rukun islam yang ke tiga. Sebelum puasa bermula lagi kita dapat melihat rumah-rumah serta bangunan telah dicat dengan warna yang menarik serta ditambah kan lagi dengan banner tentang tibanya ramadhan. Lagu-lagu Raya juga sudah mula diputarkan di radio kedai-kedai juga sudah menawarkan tawaran istimewa bagi perabot, serta pakaian buat hari raya nanti. Jalan raya juga semakin sesak serta payung-payung bazar ramadhan sudah siap berdiri dengan megahnya buat persediaan puasa. Pada malam sebelum puasa bermula, kedengaran kanak-kanak sedang ketawa sambil bermain bunga api, rumah-rumah berkelipan dengan adanya pemasangan lampu pelita bagai mengalu-alukan kedatangan Ramadhan. Kaum ibu pula sedang bersiap bagi melakukan tarawih di surau serta masjid-masjid kaum bapa juga begitu, alangkah indah nya jika puasa ini selalu hadir di dalam hidup. Adakah kita dapat menyambutnya lagi di tahun hadapan? mungkin, hanya Allah yang tahu kerana penentu serta takdir kita terletak di tangan Allah yang maha kuasa.

maceh maceh

Thursday, July 28, 2011

perjuangan dalam ramadhan

Ada lagi berapa hari je Bulan Ramadhan bakal datang dan aqu dengan gembira nya menjemput kedatangan Ramadhan dengan hati yang terbuka tak sabar rasanya berpuasa kali pertama berpuasa di tempat lain, bersama kawan-kawan dan bukan bersama keluarga di Kolej sebab aqu kan still belajar lagi.




 Dan pada hari ISNIN ni 1/8/ bermula lah puasa dan dan pada hari tu juga la aqu ada Final exam memang memang berjuang habis-habisan la. Ya Allah bantu lah hamba mu ini. Doakan tau aqu berjaya aqu nak dapat Dekan. Harap-harap la dapat kan.
maceh maceh

memang korang ada ke??

korang hello, eh lupa Assalamualaikum la.
 bagi korang kan SAHABAT dengan KAWAN sama erti tak?
bagi aqu la kan tidak sama langsung  perbezaan sangat ketara lah

KAWAN
SAHABAT
·         Ada bersama kita bila kita senang bila kita susah dia hilang
·         Akan sentiasa bersama kita apabila susah dan senang
·         Akan mencari kita apabila ada kesusahan sahaja
·         Akan bersama kita dan akan mencari kita walau susah atau senang

·         Tidak dapat merasa serta memahami perasaan kita
·         Dapat merasa serta memahami kita umpama empati(meletakkan diri sendiri umpama dya yang kena)
·         Rapat bila ada benda
·         Rapat umpama adik-beradik



Ni bagi aqu la, tak tau la bagi korang kan. yela sebab kalau kawan semua orang boleh cakap dia ada kawan kan aqu pun ada kawan tapi kalau sahabat ada ke? korang ada ke?. Tak kira lah kawan baik ke kawan rapat ke bagi aqu sama je. Nak dapat sahabat ni sangat susah kerana sahabat adalah sanggup berjuang bersama sampai mati umpama sahabat Rasulullah.







maceh maceh